Sunday, May 6, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 13

Dari jauh aku melihat KC duduk kegelisahan. Beberapa kali dia menghantar sms pada aku dan Cidot menyatakan ketidakselesaan hatinya. 

Cidot meminta dia supaya bersabar. Ya, itu saja yang boleh dilakukan ketika ini. Sabarlah, penantian itu memang menyeksakan.

Setengah jam berlalu dan tiada siapa muncul untuk bertemu dengan Hanis Damia yang yang palsu. Aku mulai bosan. Jangan-jangan MrLeft memungkiri janjinya? Andaian-andaian yang negatif mulai singgah mengunjungi ladang pemikiran.

Cidot mencuit memberi isyarat bahawa dia ingin ke tandas. Aku mengangguk kecil. Cidot menghilang dan aku berpaling menghala pandangan ke arah KC pula.

Dari jauh aku melihat seseorang bersama KC tetapi tidak jelas gerangannya. Aku melangkah mencari kedudukan yang membolehkan aku melihat dengan jelas. Ketika melangkah itulah kaki tersadung dan aku terjelepok jatuh menyembah bumi.

“Aduh, apa pula batu ni buat kat sini? Tak nampak ke orang nak lalu?” aku merungut sendirian melepaskan geram. Mujur tiada siapa di situ kalau tidak tentu mereka menggeleng melihat aku jatuh umpama nangka busuk.

“Need help, Miss Specky?” aku terkesima. Miss Specky? MrLeft? Tapi suara tu macam pernah dengar…aku mendongak memandang. Rambut Tercacak? Huluran tangan aku biar tidak bersambut. Hanya pandangan bertaut.


Bersambung..sabar ya...

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)