Saturday, December 28, 2013

soalan cepumas d tengah malam

duduk depan lappy melayan perasaan smbil minum milo panas..sedapnyerr...

walaupun penat seharian bekerja namun miss dila masih xdpt lelapkan mata..jamulah ngan melayan fb smpi tengah malam..ala..miss dila tau korang pon sma kan...ngehehe...iyola tu

bla da kerja ni sibuk manjang smpi xda msa nk mghupdate brita2 terkini..akhirnya mgharapkan berita xsahih hasil drp status yg dipost ley kwn2 fb..haha..jadik jugak aq katak bawah tempurung (tetiba rindu kat negeri tenggiling malu..agknya tol naik x kat negeri tu??)

msa2 bersndiri ni miss dila terfikir...bukn tetiba terpkir..da lma sbnrnya tertanya sndri tp sbb mls nk mncrik jwpn jd tggallah soalan dlm kpla otak dgn question marks...huhu



soalannya..apa yg miss dila mahukan dlm hidup ni??

korg xpernah terpkir ker?? miss dila sorang ajer ker yg ada msalah jiwa spt ni?? ciscakes...need to c psychiatrist...or..even better...ustazah...??

orang kawen..miss dila nk kawen gak..tp xda calon..hampeh...
org kumpul duit byk2 dgn bsnes on9..miss dila nk wat gak..tp non-ado masa nk menjengah ke bank..hampeh lagik...
org bwa keter besar2..miss dila nak gak..tp lesen pon xda nk bwa keta cmna..keta sorong bole la..hampeh!!
org pkai baju cntik2 ngan fesyen2 terkini..miss dila nk jugakkkkk...tapppiiiiiiii.......adeh...kne smpan duit tuk sume perkara d atas..so..the conclusion...hampeh??

no...no...NO...hidup xberakhir andai miss dila xdpt sume tu..betul x?? hidup baru sntiasa bermula setiap kali kita bangun mmbuka mata d wktu pagi hari...bknkah kita patut mnjadi manusia yg sntiasa merasa cukup dgn apa yg ada?? bersederhana dan merendah hati...

jom sma2 mnjadi umat Islam yg sntiasa bersyukur dan redha dgn apa yg dmiliki..






Friday, December 27, 2013

Hikmah sebalik Autisme

hari ini miss dila melalui hari yg biasa..mgkin lebih luar biasa..pergi kerja pkul tujuh pagi (dipaksa tentunya!) dan mundar mandir d jln rya utk dua jam (letih!)

then, smpai sekolah cam biasa rutinnya dgn 'klien' yg pelbagai ragam antarabangsa...cerewet xyah citerla...sombong??bagaikan lumrah hidup mereka..berlagak bg sesetengahnya..dan alhamdulillah ada juga yg bermuka bersih dtg dgn senyuman menyapa dan bertanya dengan nada yg lembut..huhu

antara 'klien' yg ramai tu ada seorg ni..seorang ibu...bertanya sesuatu tentang anak2 yg bakal memasuki alam persekolahan d pendidikan khas..hurm..miss dila xbole la terang byk2 cz xbyk pon yg miss dila kan..hehe..(malu plak rsanya di c2)

disebabkan miss dila pon jenis yg peramah gak (terlebih peramah sebenarnya!) miss dila pon tyala psl anak dia yg nk masuk pndidikan khas ni...kenapa ya? (bunyi mcm soalan bodoh kan...tp terasa bodoh plak klu xtya..huhu)

rupanya anak dia mengalami autisme..erk, terbejat jap otak ni..apa tu?? then..c ibu ni pon citerla kat miss dila..tp citer dia tu erk sedikit menimbulkan kekeliruan..so, balik umah miss dila g jumpa pkcik google nk tya...ni jawapannya....

Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal atau dalam bhasa inggerisnya  pervasive developmental disorder, yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai.

Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.

(sumber : wikipedia BM)

oooo..terlopong miss dila..hehe..tmbah 1 lgik ilmu pengetahuan..

ok smbg citer psl c ibu ni..dlm berbual tu sempat dia selitkan perkara yg membuat miss dila hmpir nk nangis..biarpun anak dia lambat menerima sesuatu krn penyakit yg dialami tetapi alhamdulillah..Allah Maha Kaya..Dia mengurniakan hati yg terang kpd c anak dlm pembelajaran agama..menurut c ibu ni anak dia cepat ajer menangkap setiap ayat AL-Quran yg didengar...

begitulah..tiada manusia yg sempurna...Allah menghilangkan satu nikmat drp anak kecil ini tetapi mengurniakannya satu nikmat yg lain..alhamdulillah...miss dila tgk ank tu comel ajer dgn rmbutnya yg sedikit kerinting dan pipi tembam...alahaiii..mcm nk cubit ajer...ngehehe

Monday, December 23, 2013

kedua mereka

kedua mereka antara insan yang penting dlm hidup miss dila..antara mereka yg mewrnai hdup miss dila krna mereka adalah sbhgian drp diri miss dila...kduanya miss dila syngi dan cintai namun jlan yg dpilih oleh kduanya nyta berbeza..

dia lahir kemudian dr miss dila...berbeza setahun mnjadikan miss dila dan dia rapat sejak kecil..mcm kmbar..p skola sma2..blik skola sma2..apa2 dkgsi bersama krna miss dila ini saudara perempuan yg mnjadi tanggungjawabnya..

miss dila fikir miss dila knl dia..sehinggalah suatu saat perkara e2 terbongkar..ya..Allah sja yg tahu apa yg tersirat di hati ini...kecewa..sedih..marah..semua mnjdi satu perasaan di dlm hati..dan malm e2 miss dila menangis semahunya...apa guna kejayaan yg dicapai oleh diri jika org yg kita syngi hidup dlm keadaan yg kita benci??

sehingga sekarang...mimpi ngeri e2 trus mghantui..mski miss dila berusaha utk melupakan nmun ia mmburu seakan luka tikaman yg xmhu hilang...

kemudian cerita dia..si kecil yg semakin mmbesar...byk yg miss dila xtahu ttg dirinya smnjak dia melangkah ke bangku skola..celotehnya membuat ramai yg berfikir dia seorang yg mudah nmun miss dila tahu dia tdk begitu..hatinya sensitif sma spt kakaknya yg ini...

kejayaan yg dmilikinya sekarang kdg mmbuat hati jadik cemburu..haha..lazimlah manusia cmburu pd kejyaan manusia lain...sengetla miss dila ni kan..

tp..bndingan keduanya menyakitkan hati miss dila...kedua yg berbeza..kedua yg mnjdi tanggungjwb miss dila..

to both of u..if 1 day u come to this page..i really want u to know that i love both of u very much...pls..pls...jgn siakan hidup kmu krna ia menyakitkan kakak mu ini...


Monday, December 9, 2013

2 dunia berbeza

ngintai ke kaki langit..hurm..mendung...tnda2 nk hujan tp xsmstinya hujan...

okeh..hri ni d tpt keja miss dila dpt pelawat..aiseh..rakan gosip kat univ dlu..hahaha..bkn gosip murah..ni yg high class ckit...xda la..miss dila n dia byk brkgsi mklumat..dr plbgai sudut pengetahuan..pndidikan, moral, agama, politik n so on...alahaiii...setiap kita msti ada frenz kamceng mcm ni kn..tipula klu xda..

bla da duduk sembang2 tu bru miss dila sedar...pergh..byk bnda yg xdktahui...terasa spt incik katak yg duduk termenung bwh tempurung kaca...ceh, metafora yg xbole blah..hahaha

mula2 sembang tetanya khabar...biasala adt jumpa kwn yg da lma xjmpa...
'apa khabar?'
'da keja?? kat mna??'
'bla nk khwin??'

soalan remeh temeh yg agk pntg jugak utk dketengahkan sbg tmbhan ramuan perbualan...lps tu mula la melalut sana-sini...tya psl kgkwn yg lain..cis, ramai yg dah khwin...miss dila jugak yg tertinggal kat blkang..then, psl politik..isu berbangkit...psl kerjaya msing2...wah, byk betul nk dkgsi bersama...

dah puas ungkit2...bermuhasabah diri kejap...kerjaya masing2 melibatkan org lain.. deal ngan customer..mcm2 ragam, gaya dan personaliti yg ditemui...baik dan peramah soal biasa..angkuh dan sombong tu yg xleh tahan..biasa la adat bkerja..org tu tggi ckit mula la pndng rendah kat org lain...hurm...

bla da msuk bab kerjaya dan perangai org2 yg dtemui brula miss dila n kwn tu terima realiti...bhwasanya (ayat skema!) kehidupan blajar (mnjadi pelajar) berbeza (sgttttt berbeza) dengan kehidupan kerja (bkerja)..

bgi mereka yg tlh melalui o sedang melalui fasa perubahan ini msti tahu dan faham mksud miss dila...betulll...msa bljar komitment hya pd pljaran..bla da bkerja ni tnggungjwb pon bertambah...jika xpndai nk manage kehidupan mmg agk pyh jugak la...so, kita kena bijak merancang dan pd msa yg sma berdoa semoga Ilahi mmpermudahkan jalan kita mncari rezki yg halal...

hurm..hujan dah turun...terasa nk tidur plak..akhir kalam..jom sma2 bermuhasabah diri...

Sunday, December 8, 2013

hilangnya sastera kita

assalamualaikum...
hurm...lma kan xmnjenguk blog..jgn tertipu ngan post yg ada..tu sume miss dila da schedulekan..hahaha...xda kejo cmni la gayanya..hehehe

hokeh..meh kita ke tajuk perbincangan..miss dila sbnrnya sakit hati + keciwa ngan bbrepa lagu baru..hm..yg kerap didendangkan dlm radio..rsanya xperlula miss dila catitkan tajuk lagu..kang xmemasal miss dila kena flying kick plak...iyo la artis2 skang..mna nk terima kritikan...asl seni ajer bole jln..asl seni ajer xley saman...asl seni ajer kne buka minda...e2 seni ker nmanya o kita sekadar mengikut cara barat sna??

nilai sastera jatuh merundum bak mata wang di bursa saham...hurm..sbg pncinta sastera smstinya miss dila kecewa sesangat..mndengar jer lrik lagu miss dila dah rsa nk termuntah..bkn nk kta miss dila ni pndai bab2 sastera o lirik2 lagu..but..xbole ker buat ayt yg sedap ckit????

ni ayt mcm xkena ajer...mcm mkn biskut keras jer...

yer..miss dila tau..e2 la seni..seni apa ke bendanya mcm tu..

pls la..stopla mncipta lagu tnpa nilaian sastera...e2 psl la rmai bdk Malay gagal BM dalam SPM...

mungkin rmai yg xperasan kot..iyola..lagu tu pun mmg fofular la skang ni...rappers dia pon ikot populer gituuu..jdik klu miss dila statekn tjuk lagu..msti korg akn chop miss dila ketinggalan zaman kn...

apa2 pon jgnlah kita mnjadi si perosak bagi sebuah keindahan yg sdah ternyata di depan mata...

Monday, November 4, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 3


Runsing dia memikirkan tentang permintaan Imam Rahman tadi. Duduk dan berdirinya menjadi serba tidak kena. Mak Munah sempat melirik kelakuan anak bujangnya. Pandangan Kamal ke arah skrin tv tetapi Mak Munah tahu fikiran Kamal tidak di situ. Ada sesuatu yang meresahkan Kamal.

“Kamu ada masalahkah, Mal?” tanya Mak Munah. Kamal yang ditegur secara tiba-tiba tersentak. Bahunya tersentak sedikit. Dikalih pandangan ke arah ibunya sebelum menggeleng laju.

“Tak ada, mak. Mal okay...”

“Kalau tak ada masalah, mengapa dari tadi mak tengok Mal termenung aje? Kalau ada masalah cerita pada mak. Mana tahu mak boleh tolong,” ujar Mak Munah dengan serius.

“Tak ada, mak. Betul...tak ada. Er...Mal masuk bilik dululah mak ya,” balas Kamal sambil tersenyum. Lantas tanpa menunggu respons lanjut daripada Mak Munah dia terus berlalu naik ke bilik di tingkat atas.

Pintu bilik dikunci. Tubuhnya yang masih bersarung baju melayu dihempas ke katil. Sejenak diimbas kembali peristiwa semasa di masjid tadi.

“Pak cik yakin pada kamu, Kamal.”

“Yakin saja tak cukup pak cik. Ini soal masa depan anak pak cik. Pak cik tak risaukah? Saya ni mana layak untuk anak pak cik. Macam bumi dengan langit.” Kamal beria-ia menolak dengan hujah-hujahnya. 

Kamal sedar siapa dirinya dan apa latar belakangnya. Mana mungkin pemuda seperti dia digandingkan dengan anak Imam Rahman, Hazlia. Gadis itu secantik bidadari sedangkan dia...Kamal telan liur.

Imam Rahman menepuk belakang Kamal dengan lembut. Bagai sudah dijangka pasti itu yang terkeluar dari mulut pemuda yang sentiasa merendah diri ini. Adab dan perilaku Kamal berjaya menambat hati tuanya. Walau Kamal tidak cemerlang dalam pendidikan namun dia cemerlang dalam mengamalkan ilmunya. 

Lihat saja berapa ramai umat Islam di luar sana yang tahu tentang kewajipan solat tetapi tetap saja mahu meninggalkan solat dan meringan-ringankannya. Padahal solat itu tiang agama. Jika tidak ditegakkan rosaklah iman yang senipis bawang itu.

“Itu bukan ukuran kebahagiaan. Datanglah ke rumah dengan mak kamu...kita bincang-bincang...hm?” Maksud Imam Rahman adalah agar Kamal datang membawa rombongan merisik Hazlia. Kamal diam. Termenung sejenak memikirkan tawaran Imam Rahman.

“Bagaimana dengan Hazlia? Mesti dia tak setuju,” duga Kamal. Dia yakin gadis secantik Hazlia pasti sudah mempunyai pilihan sendiri. Pemuda yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya. Imam Rahman yang masih kelihatan tenang melebarkan senyuman.

“InsyaAllah...kamu datang saja ke rumah!” pendek arahan Imam Rahman tetapi mampu menggetarkan jiwa Kamal.

Kamal membetulkan baringnya. Akalnya mula merancang esuatu. Pagi esok akan dinyatakan perkara tersebut kepada ibunya. Segala keputusan akan diambil setelah bermusyawarah dengan ahli keluarganya. Kamal tersenyum. Kelopak mata dipejamkan dan dia mulai hanyut ke alam mimpi.

Wednesday, October 9, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 2


Angin petang bertiup lembut memukul tubuh tua yang bersantaian di beranda rumah separuh kayu. Hajah Aminah mengintai ke luar sebelum menatang dulang berisi seteko kopi dan dua cawan kosong serta sepiring kuih goreng pisang ke sana. Kopi dihidangkan di atas meja di depan suaminya yang sedang leka membaca surat khabar.

Imam Rahman menjeling sekilas sebelum melipat akhbar dan diletakkan di atas meja yang sama. Suara keriangan kanak-kanak yang bermain di bawah rumah mematikan kesunyian petang itu.

“Hm...kenapa saya tengok muka awak semacam saja? Ada masalah?” soalnya sebelum menghirup air kopi.
Hajah Aminah tidak lekas menjawab. Keluhan nafas perlahan dihembus. Seolah melepaskan segumpal bebanan yang menyesakkan dada. Seraut wajah manis anak tunggal mereka, Hazlia, menari-nari di tubir mata.

“Saya bimbanglah, Bang Aji,” getusnya. Imam Rahman mengangkat kening.

“Bimbang pasal apa?”

“Pasal Hazlia.”

“Hm...kenapa dengan dia? Tak sihat? Pagi tadi saya tengok elok saja.”

“Saya bimbanglah...risau pasal anak kita tu. Umurnya sudah masuk 25 tahun tapi tak kahwin lagi. Nanti orang kampung cakap anak kita tak laku!” beritahu Hajah Aminah. Fikirannya terganggu dengan masalah tersebut.

“Awak ni bimbang...risau pasal anak kita yang tak kahwin lagi atau pasal cakap-cakap orang?”

“Eh, mestilah pasal anak kita. Abang Aji tak risaukah?”

“Risau juga tapi nak buat macam mana...dah tuan badan tak hendak. Takkan kita nak memaksa pula kan...”
Hajah Aminah menjeling. Betul juga kata suaminya. 

Hajah Aminah mendengus perlahan. Pening dengan karenah anak tunggalnya. Benarlah kata pepatah, menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak dara nan seorang. Bukan tidak ada pinangan dan risikan datang menjengah untuk Hazlia. Ada...tetapi semua ditolak Hazlia dengan pelbagai alasan. Bukan jodohlah, tidak sekufulah, orang jauhlah dan macam-macam alasan lagi. Mereka yang datang itu bukan orang-orang biasa. Berpangkat tinggi dan berilmu. Bila diberitahu tentang latar belakang si lelaki dengan selamba Hazlia akan berkata,

“Itu bukan nak merisik tapi nak menunjuk-nunjuk hartanya.” Atau pun,

“Berilmu jika tidak dimanfaatkan ilmunya sama juga dengan orang yang tidak berilmu.”

Gadis manis lulusan Mesir itu bijak menangkis hujah. Memperdebat isu yang dibangkitkan. Akhirnya kedua orang tuanya akur. Hazlia mempunyai pilihan yang lain. Pemuda yang bagaimana rahsia masih disimpan kemas oleh Hazlia.

“Saya berkenanlah pada anak bujang Hajah Rosnah tu. Baik budi pekertinya. Kerja pun boleh tahan, gaji besar...dari universiti juga. Padan dengan anak kita,” ujar Hajah Aminah setelah diam seketika. Senyuman lebar terukir di bibir. Angannya hendak berbesan dengan keluarga terhormat agar dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.

“Duit bukan segalanya walaupun segalanya perlukan duit. Bukan dibawa ke kubur harta tu semua. Ilmu kalau tidak diamalkan pun serupa juga dengan tak berilmu. Jadilah ia ilmu tak bermanfaat!” tegas Imam Rahman memperbetulkan tanggapan isterinya. 

Kemudian dia menyambung lagi. “Saya tidak pernah pun nampak anak-anak lelaki Hajah Rosnah di masjid untuk sembahyang jemaah. Kenapa budi pekertinya ditunjuk depan manusia tetapi tidak di depan Allah?” soal Imam Rahman. Hajah Aminah terkedu menelan liur. Malu apabila ditegur oleh suaminya.

“Habis tu abang aji nak bermenantukan budak macam anak Maimunah tu...Kamal? Sekolah setakat SPM, kontraktor biasa...gaji rendah pula tu,” ejek Hajah Aminah dengan cebikan.

“Sekurang-kurangnya setiap kali jemaah subuh, maghrib dan isyak di masjid saya jumpa Kamal bukan bakal menantu pilihan awak. Solat lima waktu pun tak pernah nampak apalagi solat jumaat. Hm...payah.” Giliran Imam Rahman yang mengejek dan ia kena tepat ke wajah isterinya. 

Merah padam muka Hajah Aminah mendengar kata-kata suaminya. Imam Rahman betul. Harta segunung tidak dipandang oleh Allah SWT kerana Dialah yang Maha Kaya, pemilik seluruh isi langit dan bumi. Sijil bergulung-gulung juga bukan ukuran-Nya kerana Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Hanya amal ibadah yang ikhlas dituntut. Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan mati hanya kerana Allah Taala. Hajah Aminah insaf.

Saturday, September 21, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 1


Kamal berusaha menghidupkan enjin motorsikal kapcainya. Berkali dicuba namun gagal. Peluh dingin sudah memercik di dahi dan belakang tubuhnya. Lencun baju kerja yang dipakai. Sekejap-sekejap dilirik sekilas jam yang tersarung di pergelangan tangan. 

Lima bela minit lagi jika enjin motorsikal tidak mahu hidup dia pasti terlambat sampai ke tempat kerja. Kamal mengeluh perlahan. Putus asa setelah berusaha selama hampir setengah jam di situ.

 “Sudahlah tu, Mal. Motor buruk kamu tu dah tak mahu hidup!” laung Mak Munah, ibu Kamal, dari dalam rumah teres dua tingkat yang didiami mereka. 

Tidak lama kemudian kalibatnya muncul di depan pintu bersama gelengan melihat kelakuan anak bujangnya. Dari tadi didengar Kamal mencuba untuk menghidupkan motor kapcai itu. Mak Munah pula yang geram dibuatnya.

Kamal terduduk di tepi motorsikalnya sambil mendengus. Bukan marah dengan kata-kata ibunya tetapi geram dan sakit hati kerana usahanya menemui kegagalan. Terpaksalah dia keluar berjalan kaki ke simpang jalan untuk mendapatkan bas mini.

“Mal pergi dululah, mak. Dah lambat ni...,” beritahu Kamal perlahan. 

Tangan ibunya disalam dan dikucup sebelum melangkah keluar. Sempat juga Kamal mengelap peluh yang memercik di wajah dengan belakang tangannya. Mak Munah hanya mengangguk. Dihantar Kamal dengan pandangan mata kosong. Simpatinya menjalar.

Sebuah kereta MyVi putih berhenti di depan Kamal sebelum sempat pemuda itu menahan mana-mana bas mini. Keningnya berkerut cuba mengingati senarai kenalannya yang mempunyai kereta jenis sama. Kepala ditundukkan mengintai di sebalik cermin yang baru diturunkan.

Imam Rahman melafaz salam sambil tersenyum lalu dijawab oleh Kamal juga dengan iringan senyuman. Dijeling sekilas si pemandu yang diam tidak terkutik. Hazlia, gadis manis bertudung labuh yang jarang melempar senyuman kepada sebarang pemuda. Kecantikan yang dimiliki sering menjadi bualan. Ditambah lagi gadis itu lulusan Mesir. Kata orang sudahlah cantik pandai pula. Kamal telan liur. Si bidadari yang menjadi idaman.

“Kamal, marilah naik. Kamu nak ke tempat kerja, kan? Kebetulan pak cik dan Lia lalu jalan yang sama,” teguran Imam Rahman mematikan lamunan Kamal. Lantas dia tersenyum. Menyembunyikan rasa malu yang bertakung. Kamal menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.

“Er...tak apalah, pak cik. Saya tunggu bas,” perlahan Kamal menolak. Sebenarnya dia malu hendak duduk di dalam kereta tersebut kerana kehadiran Hazlia.

“Naiklah...boleh kamu jimat duit tambang,” pujuk Imam Rahman lagi. Kamal jadi serba salah. Jika terus menolak bimbang Imam Rahman dan anaknya fikir bukan-bukan pula. Akhirnya Kamal mengangguk perlahan.

Di dalam perut kereta Kamal mengunci bicara. Hanya apabila Imam Rahman memulakan perbualan baru Kamal bersuara. Perasaan malunya menebal setebal salju di Kutub Utara. Ekor matanya sesekali melirik anak gadis Imam Rahman.

“Mak kamu sihat? Minggu lepas tak ada pun pak cik tengok dia ke surau,” getus Imam Rahman. Kegugupan Kamal cuba disingkirkan.

“Alhamdulillah, pak cik. Mak sihat. Minggu lepas mak ke rumah Kak Long di Taman Indah,” jawab Kamal sopan.

“Kenapa dengan kakak kamu? Sakit?”

“Eh, tak adalah. Kak Long sihat. Mak saja...nak bertukar angin katanya,” tutur Kamal. Sangkaan Imam Rahman dibetulkan. Terbayang di tubir mata wajah kakak sulungnya yang manis tersenyum sambil menggendong anak bongsunya yang baru lahir.

Kamal mencuri pandang ke arah Hazlia yang masih tetap membisu. Dadanya berdebaran. Melihat gadis itu menerbitkan semacam satu perasaan aneh di jiwanya. Kamal telan liur. Beristighfar panjang dalam hati sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sesungguhnya pandangan seperti itu boleh menimbulkan fitnah. Kamal mengucap panjang. Kesal dengan kekhilafan diri.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar SESB daerah Sandakan. Kamal mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Imam Rahman sebelum melangkah masuk ke kawasannya bekerja.

Monday, September 9, 2013

SCA 3- Tanah


Mengikut ajaran agama Islam yg wajib kita percaya sbg umat Islam, manusia dicipta drp tanah. Bukan berasal drp monyet spt yg dprkta oleh teori Darwin. Miss dila sgt menntang teori tersebut. Mengapa? Well, nmpak sgt org e2 mahukan kemahsyuran dgn mncipta teori sndri pdhal idea tersebut diputarbalikkannya drp peristiwa sbnr.

Umat Islam yg pastinya akan tahu tentang cerita bani Israel yg melanggar perintah menangkap ikan pada hari sabtu sehingga diubah menjadi beruk. Kalau nak tahu cerita penuh boleh melawat library uncle google o cri bahan bacaan sndri.

nak salahkan siapa??

Kembali pada SCA 3 kita. Tanah. Tanah mengandungi struktur sebatian yang jika diungkai kita akan temui banyak sebatian kompleks di dalamnnya. Setiap sebatian tanah adalah berbeza mengikut keadaan cuaca dan suhu persekitaran. Boleh lihat bagaimana setiap unsur saling berhubungan?

Manusia yang angkuh dan sombong (xmelampau jika dikatakan agak bodoh) ini suka sgt membuang sampah sarap mereka merata-rata. Tak perlu pergi jauh untuk mencari bukti. Lihat sja persekitaran kita. Andai tiada mereka yg bergelar tukang sapu, tentu setiap lorong, jalan dan tanah yg dipijak dipenuhi sampah yg kita buang sendiri tidak kira melalui tingkap kereta, semasa berjoging, semasa berjalan, atau dengan tanpa sengaja (alasan kuno manusia) membuangnya sampah merata-rata.

Alasan kita? Tiada alasan yang munasabah. Kebebalan (sorie pktaan agak kasar) manusia tlh mndera bumi. Jika tidak menemui tong sampah manusia dengan sewenangnya menjadikan jalan yg dilalui sbg ‘tong sampah’ mereka. Dikata bodoh nanti mereka marah. Tp, jika dikata bijak dan kreatif sudah jelas nampak bodoh mereka. Jadi, apa agknya gelaran yg patut diberikan?

Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan krn bersih adalah sebahagian drp iman. Bersih bermula dari dalam hingga ke luar. Jika hati kita bersih tentunya persekitaran kita juga turut bersih. Ini adalah krna hati yg bersih tidak mahu matanya melihat sesuatu yg kotor di depan mata. Btul o tak?

Jangan hanya tahu hndak mencantikkan diri dgn brngan kosmetik yg mahal tetapi tidk tahu hndak menjaga kebersihan. Mak selalu cakap (sbnrnya lbh kpd berleter),

“Tak guna muka cantik kalau pengotor. Tak ada orang akan dekat dengan pengotor walau make-upnya tebal!”

Tersentap seh. Tapi, itulah kebenaran dan realiti yg harus dperakui oleh semua orang. Make-up tebal seinci pun org xkn dekat kalau baunya busuk. Jdi, bersihkan hati bersihkan diri. InsyaAllah, kita melangkah ke hdapan lagi.

Sehingga jumpa lagik d SCA 4 akan dtg. Miss dila nk siapkan The Legend plak yer...;)

Tuesday, August 27, 2013

SHINHWA The Legend

assalamualaikum..hello semua...so, how's life?? better than yesterday? harap2 mcm tu la yer...smga kita mnjdik insan yg lbh baik dr smlm yer...

hm..demam k-wave. miss dila sblm ni ada post psl SHinhwa kan...ada crik profile mereka? anda2 akan tertarik dgn kebongokan mereka...berbeza dgn artis k-pop yg lain yg hnya tahu nk menunjukkan muka innocent mereka..Shinhwa plak lbh suka tnjukkan diri mreka yg sebenarnya.

al-hasil drp 'keminatan' miss dila n best buddy thdap Shinhwa...so, miss dila buat cerpen pendek..ntah apa nmanya nk pggil ntah...

idea- miss dila + miss T
tulisan & taipan - miss dila
konsep cerita - miss dila

nak tahu apa ceritanya? tunggu tau....


Sunday, August 25, 2013

SCA 2- Air


Air adalah sumber kehidupan yg sgt penting semnjak dr dulu lagi. Air dperlukan utk aktiviti harian manusia spt mndi, masak, mencuci dan sbgnya. Pernah tak kita fikir hidup tnpa air utk sehari sja? Haha...ya, miss dila tahu. Ada antara kita yg melalui perkara kekurangan air. So, apa rsanya? Mesti menderitakan? Miss dila tgk dlm berita rmai yg mrh apbla kekurangan air bersih.

Sungguh pun begitu, kenapa...ya, kenapa manusia masih sanggup merosakkan sumber yg sgt penting ini? SCA 2 kli ni kita akn rungkaikan ttg pncemaran air yg smkin berleluasa skrg ini.

takkan kita nk biarkan keadaan trus jdik mcm ni?

Pembuangan sisa toksid, minyak, smpah sarap dan sbgnya ke dlm sungai dan laut yg mnjadi sumber air bersih kita? Bukan air d drt sja yg tercemar, air d udara pun manusia tlh cemari. Air hujan merupakan air yg paling bersih jika dbndgkan dgn air yg lain. Tp, dsebabkan mnusia ni terlalu sukakan kemodenan teknologi maka mereka sggup mengorbankan air hujan. Isk2!

Umum mengetahui bagaimana proses pembentukan hujan kan. Tak tahu? Hokehla, meh kita blaja bab biologi lagik. Ah, sains...sukarnya nak dipisahkan dgn mnusia. Sains membantu kehidupan dan turut sma merosakkan. Itulah sains!

Air di permukaan akan tersejat menjadi wap air pd hari panas dan naik ke udara. Wap air ini akan berkumpul lalu mebentuk awan putih. Awan putih yg ditiup angin akn bergabung dan menjadi kepulan awan hitam yg biasanya kita panggil sbg awn hujan. Hujan asid terbentuk hasil drp gabungan di antara wap air dengan udara yang tercemar. So, kita boleh lihat bagaimana udara yg tercemar boleh membentuk air yang tercemar.

Sudahlah air tercemar, sumber air bersih pun kurang...manusia pula buat pembaziran air. Hebat tak hebat manusia ini. Sudah terhantuk baru terngadah. Dah berdarah masih tak sedar-sedar juga. Itu pun masih tak nak mengaku salah. Dasar manusia angkuh dan sombong.

Atas alasan apa kita hendak merosakkan bumi? Atas hak apa kita sbg khalifah mahu mencemarkan bumi yang dipinjamkan? Mungkin semalam kita tidak mahu berfikir tentang perbuatan yg telah dilakukan semlm tetapi hari ini..saat ini...cubalah utk memikrkan kmbali apa yg tlh kita lakukan smlm agr kita dpt mengubahnya mnjadi sesuatu yg lbh baik utk hari esk.

Hingga itu sja SCA 2 kita. Miss dila akn kmbali utk mlgkapi Segmen Cintai Alam. Jgn lpa menantikan konklusinya okey..;)

Thursday, August 22, 2013

Kurangkan hiburan


Benarlah, kita dpt digmbarkan hanya dengan melihat rakan-rakan pergaulan kita. Dia terlalu banyak berhibur sehingga pernah suatu saat miss dila bertanya pada diri sendiri...apakah dia tak pernah bosan dengan cara hidup sedemikian?

Saban hari, malah jika boleh setiap masa dia duduk mengadap skrin komputer dan melihat hiburan yang kadang kala...diulangi...kadang kala... miss dila rsa agak keterlaluan.

Ada masa miss dila mungkin sprti dia. E2 miss dila harus akui krn miss dila bknlah insan perfect. Melihat, menonton, mendengar dan berhibur dengan hiburan dr korea selatan dan jepun. Tp, tak adalah yg melampau sgt. Ada ketika miss dila jugak bosan dan ada masa  terfikir miss dila tak patut melihat hiburan yang melalaikan ini. Tp dia...ah, mcm mna hendak berhenti jika sudah terjebak?

Mengeluh, e2 sja yg boleh dilakukan ketika ini. Bukan miss dila sja yg rsa mcm tu..ahli kluarga dia pon sma. So, bkn miss dila yg jhtla..ceh!

Kdg kala terdetik jugak hati hndak menegur. Berhentilah hidup d dunia angan2 mski pon angan2 xkena byr. Pls, stand in reality. Susah sgtkah? Klu dah khwin ntah mcm mna agknya. Xknlah nk tggalkan semua tggungjwb smata nk memenuhi keinginan hati sndri? Berdoalah, semoga dpt suami yg memahami.

akhir sekali miss dila nk letakkan pic org ensem ni sbg penawar..aiseh!



Sunday, August 18, 2013

SCA 1- Udara


Hello semua...masih igt lagik post miss dila sblm ini? SCA or dlm bhsa pnjgnya Segmen Cintai Alam. Miss dila akn mulakan SCA 1 dengan Udara.

Pernahkah kita mengambil msa seminit utk fikir brpa banyak udara yg kita sedut setiap hari? Klu mls sgt nk mengira..hm, udara yg kita sedut dlm msa seminit? Apa pula kndungan udara yg kita sedut ini selain dripada oksigen dan karbon dioksida yg diguna utk bdn?

Biar miss dila teka...mesti xpernah kan? Miss dila? Hahaha..mestilah xpernah (alamak, malunyer...keh2) Hm, nampaknya kita semua manusia yg tamak. Hanya tahu menggunakan tetapi tidak tahu untuk menghargai.
Mari kita lakukan sedikit ujikaji biologi. Udara yg kita sedut mengandungi oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan sedikit wap air. Hm...rasanya ada penambhan. Mana kita letak karbon monoksida yg knderaan kita lepaskan berjuta-juta setiap hari? Xterjangka? Atau tak mahu tahu kebenarannya kerana dlm hidup yg sudah moden ni mnusia memerlukan knderaan utk bgrak, kn?

Faktor2 pencemaran udara...sesiapa boleh beritahu? Pelpasan gas karbon monoksida dr ekzos kenderaan, pembakaran scr terbuka yg melibatkan plastik dan bhn bkr pncemar, asap rokok yg mengandungi nikotin. Semua adalah penyumbang kepada masalah jerebu dan penyebab bacaan IPU tahap kronik.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimiajirim zarahan atau bahan biologiyang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksidasulfur dioksidakloroflorokarbonbau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor olehindustri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozonjerebuhujan asid danpemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. (sumber: wikipedia BM)

siapa yg patut dipersalahkan??


Hasil yg diperolehi bg setiap ‘tuaian’ manusia. Masalah penyakit sperti batuk berpanjangan, kanser paru-paru dan penyakit kulit tidak mungkin dapat diatasi andai manusia terus membuat kerosakan seperti ini.

“Alah, ubat kan ada. Makan ubat ajelah.”

“Perubatan semakin maju. Doktor pakar pula ramai.”

Ya..ya..semua anggapan itu betul. Tapi, sampai bila? Ubat yang ditelan pasti akan ada kesan mudaratnya. Doktor juga manusia biasa yang bergantung kepada teknologi yang manusia lain cipta. Jadi, mengapa terus nak bergantung kepada perkara yang sudah diketahui di mana pengakhirannya? Mengelakkan lebih baik daripada mengubati. Elakkan pencemaran dengan tidak melakukan perkara yg mnjadi faktor kpd pncemaran itu sendiri.

Alah, semakin pjg plak rentetan untuk SCA 1. Perlahan-lahan...kalau boleh miss dila mahu jika ada sesiapa yg terbca post ni hatinya akn terbuka sedikit dan mulai mghrgai udara yg dsedutnya setiap hari.

Miss dila akn smbg lagik SCA kita tetapi utk sumber yg lain pula. Di akhir SCA nanti miss dila akn membuat konklusi dan sma-sma kita fkirkan bgaimana utk mnyelamatkan dunia yg semakin tercemar. Akhir kalam, sampi jumpa lagik. 

Thursday, August 15, 2013

Rindu bertamu

Msa dan jarak memisahkan kita

Entah berapa lama
Sukarnya hndak mendengar suara meski sedetik cuma
Apalagi bersua wajah
Maaf, persahabatan ini tlh disalahertikan oleh hati
Susah memujuk jiwa bila sudah merindu
Tp percayalah,
Ia akan pergi dan hilang bersama derunya angin
Biar hati dan jiwa ini yg mengetahui
Ada rindu yg bertamu
Untuk mu

Sunday, August 11, 2013

Segmen cintai alam – SCA


Okeh...sudah agak lma jugak miss dila x mengepost smething di sni. Hm...kekurangan idea? Well, slh satu faktornya. Kebizian melampau? Hm...e2 jugak penyumbang utama. Ketiadaan internet...yes, faktor utama. Tapi, kita biarkan fktor penyumbang td d belakang. Hm..i’m back with the new ideas. Dah lma tulis tp baru nk dpost ats alsan yg dsebut d ats.

Segmen Cintai Alam dan miss dila ringkaskan sbg SCA. Kenapa alam? Sebab berlakunya kerosakan d muka bumi adalah krn tangan2 manusia. Sila rujuk tafsir Al-Quran masing2.

Tangan manusia...yup..tangan yg kononnya hendak membantu manusia lain...tangan yg ingin dhulur kpd mereka yg memerlukan. Hm, tangan yg sma jugaklah yg membuang smpah merata...melakukan pembakaran secara terbuka tnpa malu dan segannyer...membebaskan karbon monoksida sbg bhn pncemar udara...dan pelbagai lagi. Kalau miss dila senaraikan agknya kita masuk dlm kategori yg mna? Hm...?

pencemaran berlaku krn sikap manusia yg terlalu mementingkan diri

D sini sbg seorg pencinta alam yg mencintai alam utk jaminan masa depan yg sihat dan cemerlang miss dila lncarkn SCA supaya mata kita yg tertutup dlm terbuka ni terbuka luas.

Miss dila akn buat beberapa pembahagian utk setiap empat sumber kehidupan yg ironinya telah dirosakkan oleh manusia yg mengakui memerlukannya utk teruskan hidup. Udara, air, tanah dan bunyi (bukan api yer!). Kita selidik step by step okeh dan sma2 kita buka minda masing2.  Tapi...bukan di sini. Maksud miss dila bukan dipost ini. InsyaAllah akan ada post berikutnya utk setiap sumber alam yg dsebutkan di atas.

Utk itu...jumpa lagik...;)

Friday, August 9, 2013

irama terindah

selamat hari raya semua...bgaimana dgn ramadhan kita? insyaAllah, semga Allah menerimanya. ah, bunyi mercun kdngaran sna sni..dah xrsa mcm rya Islam tp rya cina la plak..apalah org Melayu ni..hm..xbole nk slhkan sesapa coz mak bapak pon ikut main sma..so, as the conclusion...beware of the api la..jgn sudah terhantuk bru nk terngadah..


rya2 ni miss dila dlm mood mlyan R&B..hahaha..da lma sbnrnya suka muzik2 berentak R&B coz ia xterlalu bsing jka dbndingkan dgn rock (sorie rockers...) n suara pnyanyi R&B pon sedap2..huhuhu

but dlm mndengar tu hati miss dila slalu merindui irama yg sering bermain d cuping telinga. setiap kali azan o iqamah kdngaran dr surau atau masjid bdekatan miss dila xmungkin dpt mmbohongi diri. yes..i miss him...

irama terindah dlm hati miss dila adalah alunan azan dan iqamah oleh bapa. setiap kali suara azan dan iqamah dr insan yg sma mengejutkan miss dila utk bangon menunaikan solat subuh. ah, suara itulah yg drindui setiap hari.

klu boleh membuat pilihan miss dila mahu seorang suami spt dia. suara azan dr suami mengejutkan kita dr tidur lena utk smbhyg jemaah bersama. smga Allah menerima doa ini. amiin...

Thursday, August 8, 2013

Sometimes


Kekadang prob org len pon ley jdik prob kita. Btul x?? This happened lately to my life. Hm, ckp org putih la plak.

Well, miss dila tpikir sesuatu slp melalui bbrpa pkara dlm kehidupan. Drp tu tmbul la bbrpa pemikiran yg rsanya ptutu dkgsi bersama spya kita ley pikirkan bersma..see?? mslah miss dila da jadik mslah korang kan..hehehe

1st thing are EGO. Ego wujud dlm diri mnusia biasa spt miss dila n readers. Kita semua mengakui, xkira tggi o rendah tahapnya, ego tetap wujud dlm diri kita sndri. Betul kan?? Pernahkah kita terpikir yg kekadang..erm..bkn kekadang..selalunya...ego ni wat manusia jadik bebal + bengap n bodoh sombong. Sorry klu ayt ni kurang sesuai dgunakan tp rsanya e2la frasa yg tepat tuk mggambarkan keadaan manusia yg suka ikut ego memasing tnpa mengira tpt n msa.

Cthnya, kenyataan seorang artis baru2 ni. Kehidupannya sbg artis mmbuat dia jdik bodoh rupa2nya sehinggakan xtau beza kebaikan dan keburukan. Xpercaya? Baiklah, try tya dia...apakah kehidupannya sbg artis xda kena mengena ngan agama??? Realitinya...dia memang artis. Tp e2 xmnjadikan dia special case sehingga boleh mengenepi semua prinsip2 dan aturcara kehidupan seorang Islam. Bila dtegur ttg perlakuan buruknya dia dgn egonya mmblas bhwa e2 adalah khdupannya sbg artis dan xda kena mengena dgn agama. Ha2, lihatlah betapa ego boleh mmbuat manusia jadik sebodoh kambing.

Agama adalah satu cara hidup. Bermula dari saat kita bngun tidur sehingga kmbali tidur semula pd wktu malam, semua berkaitan dgn agama. Cara kita bercakap, berinteraksi, makan,minum, cari rezki, tidur...semua mengikut lunas2 yg ditetapkan oleh agama. Apakah ini belom cukup mmbktikan ttg peranan agama dalam kehidupan kita??


Thursday, July 18, 2013

Ramadhan & Dugaan

Salam Ramadhan al-mubarak semua...

dah lama xmnjenguk kn..hm..bz woman...tetiap hri wat pkara yg sma..life bcome miserable??? uhuh..but this are the reality of life..slps bersenang-lenang sbg student yg mghrpkan duit msuk dlm akaun tnpa plu wat keja apa2..skrg dah tiba msa jadik seorg manusia bkerjya..bz..bz..dan bzzzzzzzzzzz

okay..kesah keja mmg sgggttttt pjg n mls nk citer pepanjang dlm 1 entry...kita citer psl ramadhan dlu yer...

hm..ramadhan dan mercun dah jadik mcm sinonim pdhal ianya antonim..xfhm?? meh kita ulgkji semula sjrh ramadhan...ada x d zmn dlu kala org2 Islam maen mercun utk meraihkan ketibaan ramadhan dan syawal??

tp..tpppp...mengapa d zmn moden ni org2..trutma bdk2 maen mercun n ibu bapa seolah mggalakkan dgn tidak mghalang ank2 bermaen mercun...

mercun ngan taun bru cina tu bru sinonim...ramadhan dgn akhlak2 islamiah bru sinonim..jga hti jiran tetangga slh satunya...

tp kita xpenah nk fikir kemuliaan ramadhan dan mncri fadhilat d sebaliknya..betul x??

utk rmadhan tahun ni..belum trlmbat utk kita renung kmbali apa yg tlh kita lakukan utk memuliakan ramadhan kita...

Sunday, June 9, 2013

break time

assalamualaikum....ohio..konichiwa....apa khabar blog miss dila ni?? aduh..uhuk..uhuk..trerbatuk-batuk bila trekena habuk2 d sna sni...

da lma kan x mghupdate blog ni..dah bersawang dah...hm..bz wih new life as a worker mnjadikan sshnyer nk mggapai tenet walau skjap...

skang on leave coz of emergency prob...so ad ala msa skit nk mnjenguk ke sni...

hm..dunia pkrjaan..xseindah dlm catatan seorg penulis..xjugak seceria status fb..sumenyer serba xkena..y?? hahaha..mls la nk citer..let it be my secret...

hm..igt lagik x my toooopppp screto tu?? otw ni..ada cti so ada msa nk mghbiskan planning yg tgndala tu..

soon..very soonn..it will be release..insyaAllah....

Thursday, March 28, 2013

Aq & Shinhwa

kegilaan yg baru...shinhwa broadcast..hehehe
rsanya rmai antara muda belia yg tkena tempias korea wave..betul kn??? sma la ngan miss dila..slp DBSK..mncul lak Shinhwa..spa mereka ni?? jom kita belek2

shinhwa ensem!!!

mereka tdiri drp 6 org lelaki yg ensem2 blaka...keh2...
 nk tau lbh lnjut rjin2 la google yer...

apa pon miss dila sgt2 rekomenkan pd spa2 yg minat variety Running Man kne tgk Shinhwa Broadcast ni skali yer..mmg syok n best...

tmbah lagik diorg ni ensem2..hahahaha (gatal!!)

Thursday, March 21, 2013

Kesah Pencerobohan


Rsanya semua dah tahu ttg kesah pncerobohan di Lahad Datu (LD), Sabah. So, xperlu la miss dila mmperpanjangkan entry dgn mengupas sgla kjadian sbg ulgkji. Bagi sesapa yg xtau ley google ke mna2 blog yg brkgsi kesah tsebut.

Byk kesah yg cuba dsmbunyikan sbnrnya. Leh spa?? Mereka la...hm...hya org Sabah yg tahu kesahnya. Well, ni pon stil misteri bgi miss dila. Nak ckp pnjg2 kang jadik fitnah plak so rsanya btter wat ulgkaji sikit sblm tulis apa2 dlm blog. Btul x??

Bla tmbul kes pncrobohan ni tringat prbncangan antara miss dila n clasmates msa form6 dlu. Kitorg yg bljr Pengajian Am ni mmg byk expose kan mnda ke luar kotak bdk skola. Yalah...prkmbangan isu semasa kena ambik tahu..xbnyak pon sikit jadik la.

Isu Sabah selalu jadik hot issue. Hm...mcm mna duit Sabah dikorek ke luar sehingga xda sikit pon tggal n bole plak xdsebut lgsg dlm mna2 catatan. Org2 tu wat tutup sebelah mata jer. Dgrnya...tnpa duit Sabah certain tmpt tu xkan wujud. Means, sume duit hasil Sabah yg patutnya dirasa leh Sabahan diambik leh org lain n djadikan milik diorg. Lawak kan..op coz ni brita yg xsahih. Tapi, pokok xkan bergoyang klu xda sebab musababnya..btul x??

Kes yg len..dgrnya Sabah mmg ada ura2 nk kuar dr Malaysia. Hm...spa pnyebar khabar angin ni xtau plak. Miss dila n fren dgr n kaji sndrik. E2 kes lbh kurang 5 tahun dlu. Kesah yg akhirnya trpadam dr mnda slp sume clsmates bwa haluan masing2.

N now kes pncerobohan. Mngikut fkta kes yg dsebarkan le pihak wrtawan...sbhgian dr pncroboh dah btapak lma kat Sabah n jdik wrganegara Malaysia. So, pihak polis ssh nk bktikan diorg ni org tmpatan o pihak pncroboh tu.

Skrg kita kaitkan plak dgn 2 kes yg miss dila sebutkan di atas. See the connection there?? Rsanya kita leh pikir sndrik kan...pnyebab ‘pohon yang bergoyang’ tadi. Mgkin apa yg miss dila bntangkan ni ada btul n ada yg slah..so, pls dont take into ur heart. Kita bncang n kaji sblm wat spekulasi sndri. Miss dila prcaya org2 Malaysia bijak2 n xkan gna emosi smta. Betul ker??

For all Sabahan. Harap kita semua boleh lalui ujian ni dgn tabah dan sabar yg tggi. Jangan brtindak mngikut perasaan. Ingatlah, mereka yg sabar dan yakin pada Allah SWT akan menang d akhir cerita. InsyaAllah.
Bagi anggota kselamatan yg berada d Sabah, terima kasih banyak. Hanya ucapan e2 yg mampu miss dila tuturkan. Sesapa yang ada abang, suami, o sedara2 yg bertugas d Sabah...terima kasih juga krna sudi meminjamkan Sabah khidmat saudara dan suami anda.

Takziah dan al-Fatihah hadiah utk mereka yg gugur d sna. Hanya Allah yg akn mmbalas jasa kalian. Miss dila bagi pihak keluarga yg mmg pnduduk Sabah sgt2 mghrgai anda semua.

Terima Kasih...Thank U...

 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)