Monday, June 30, 2014

Bercerita Tentang Cinta

Hamboii tajuk..kemain devass lagi g2..wahahaha..da lma xmenjiwang karat kan..soal hati..hurm..nothing to share..buat masa ni la..still in searching for my imam...spa agaknya?? harap2 org tu..but then fikir..jika bukan dia..berdoa semoga akn hadir org yg lbh baik...

hoke..lets put an end to that...cinta yg ingin miss dila ketengahkan adalah ttg bulan tercinta bagi kita muslimin dan muslimah...

bulan apa??? xtahu?? haish..kamu ni..mstila bulan ramadhan...ahlan wasahlan ya ramadhan...kita bertemu lagi setelah setahun berlalu...kamu yg hadir sebulan dlm setahun..sesungguhnya kami rindu..



 

walau apa pon yg berlaku..pelihara hati dan jiwa kita
apa pon yg berlaku..jiwa ini perlu bersabar..jiwa ini perlu bermuhasabah..sesekali jiwa ini perlu dilatih untuk mengakui silapnya
jangan malu menangis di hadapan Allah kerana kita xtahu betapa berharga airmata itu jika kita ikhlas..jika kita mahu mengaku...

 

salam Ramadhan Al-Mubarak dari miss dila..d kejauhan..andai ada sesiapa yg mengenali miss dila di luar dr alam maya ini...maafkanlah miss dila..minta maaf atas salah dan silap..halalkan apa yg pernah dimakan atau diminum..
semoga Ramadhan kali ini lebih baik dr ramadhan kita yg lalu..

beringatlah..berhati-hati dlm berkata..menulis atau membicarakan apa sja..kerana puasa kita mungkin akn jadi lapar dan dahaga sja..

The Legend ; Kisah Ke2 ~ The Call



Venus menekan loceng beberapa kali untuk menunjukkan kemarahannya terhadap Eric kerana mengambil kesempatan di atas percutiannya kali ini. Setiap hari ada saja yang diminta kepada ibu. Nak makan itulah inilah. Lagak macam wanita mengandung. Benci! Venus memandang ke langit. 

‘ Aku benci insan yang bernama Eric!’

Pintu dibuka oleh seseorang dan tanpa memandang si pembuka Venus terus melangkah masuk. Bibirnya memuncung ke depan. Eric oppa dan HyeSung oppa berada di ruang tamu sedang bermain play station. Gamat ruang tamu dengan suara mereka. Pesanan ibu dihulurkan kepada Eric.

“Nah, kimche yang oppa nak sangat tuuu...”

“Duduklah dulu. Oppa nak main kejap lagi.” Eric memberi arahan tanpa berpaling. Perhatiannya tetap pada permainan video.

“Orang nak keluar dengan kawan ni,” rungut Venus dengan suara manja. Hyesung mengangkat kening. Jarang sekali dia mendengar Venus bersuara manja di depan Eric.

“Boyfriend?” satu suara yang tidak asing bertanya. Insan itu sedang berdiri di sebelah Venus dengan senyumannya yang melebar. Venus tergamam sedetik. Liur ditelan. Terasa ada sesuatu melekat di kerongkong. 

‘Alamak, bila masa pula mamat ni ada? Aduhai, mengapalah oppa senyum macam tu? Tak tahukah dia senyumannya tu mampu membuat salji mencair di Kutub Utara?’

Dongwan mengambil gitar yang ada di atas sofa sebelum duduk melabuh punggung. Dia tidak perasan anak mata yang sedang memerhatikan tingkahnya ketika ini. Dia juga langsung tidak menyedari ada hati yang berdebaran melihat dirinya kala ini.

“V dah ada boyfriend ek?” HyeSung bertanya tanpa memandang. Venus kaget seketika. Tersentak dengan pertanyaan Hyesung.

“Hah? Eh, tak adalah. Keluar dengan kawan perempuan,” Venus menjawab laju. Tak mahu mereka berfikir yang bukan-bukan.

“Tak nak mengakulah tu. Yeah..V dah ada boyfriend!” laung DongWan seakan ingin memberitahu seluruh dunia. Anak mata Venus yang tajam merenung tepat ke arahnya yang menghenyak punggung di atas sofa yang empuk. Senyum...senyuman yang sedang dipamer oleh DongWan seolah sedang mengejeknya.

“Bila nak kenalkan pada oppa?” usik Eric pula. Venus membahang.

“Orang dah kata tak ada...TAK ADALAH!” soalan Eric membuatkan Venus naik bengang. MinWoo, Junjin dan Andy yang berada di dalam bilik segera keluar apabila mendengar suara jeritan yang ingin menggegar dunia. Shinhwa tergamam. Air mata hampir saja tumpah saat itu. Venus marah dan sakit hati.

“Er...V...” DongWan ingin menyatakan maafnya tetapi ketika itu handphone Venus di dalam handbag berbunyi. 

“HELLO?!” si pemanggil turut menerima penangan kemarahan. Tapi, suara di hujung talian berjaya melembutkan hati yang sedang marah. 

Shinhwa yang pada mulanya terkejut mendengar suara jeritan Venus sebentar tadi menjadi lebih terkejut apabila mendengar perubahan suara yang mendadak. Tanpa mempedulikan Shinhwa yang sedang saling berpandangan Venus masuk ke dalam bilik Eric dan menyambung perbualan dengan pintu yang tertutup.

Eric bangun dari duduknya dan bergerak ke arah pintu. Telinga ditekapkan. Aksinya itu mula-mula mendapat perhatian saja tetapi seketika kemudian kesemua mereka sudah berada di depan pintu bilik memasang telinga mahu mendengar perbualan Venus.

Selesai berbual Venus membuka daun pintu dan serentak itu Eric terjatuh betul-betul di depan Venus yang sedang berdiri diikuti oleh HyeSung dan Junjin. MinWoo dan Andy berdiri sambil tersengih di depan pintu. Venus membeliakkan anak mata. Mereka hanya tersengih. DongWan? Dia berdiri agak meminggir dengan senyuman yang sukar untuk ditafsirkan.

Venus memandang dengan wajah masam mencuka.


bersambung...

Saturday, June 14, 2014

Bukit oh Tinggi ~ Part 1

jom jalan2..wah, agak lma jugak kn miss dila xmengepost ceritera jenjalan ni..hm..kali terakhir citer psl pulau sibu..still igt?? ala masa miss dila masih berstatus student..xigt xpala..bole godek2 citer psl tu nnti k

kali ni miss dila berkongsi cerita pasal Bukit Tinggi..kedudukan kat Pahang..dekat2 dgn RnR Janda Baik tu..

bagi sesapa yg duduk sekitar KL bole drive..xda bas nk ke cni..klu ada pon e2 bas yg dah siap sedia disewa oleh mna2 syt yg baik hati mmbwa pkerja mereka makan hangin..

Bukit Tinggi terkenal dgn jolokan Eropah Malaysia..y?? hah..ni nk kongsi ckit ni..cz kat cni la korang bole mnkmati pemndangn castle yg cntik2..ceh, ala2 dlm citer repunzel..cinderella..snow white..xcaya?? meh cni kita godek2 gambar dlu

c..c..kn cntik..ni castle pertama yg melambai ketibaan..ops, lupa nk mention..nk masuk kena bayar tau..brapa?? hurm..sekitar dua puloh hinggit lebih g2 la..miss dila xigt spesifik but korang sedia2 la duit poket tu

lagi apa yang ada di sini??

swan lake...ni pemandangan yg sempat miss dila mabik dr atas jembatan b4 masuk ke dlm kota yg dpenuhi rumah2 ala2 europe..tetiba teringat kesah si itik yg hodoh..haha..ni kot agaknya itik yg hodoh tu..dah membesar mnjdik swan yg cntik

ada lagik...

 
ops..dah terlebih sudah..ni entry nk masuk ke kwsan ala2 jepun plak..sebelah kiri kampung jepun n sebelah kanan ada tmn botani...jom2 kita serbu..

nk lagik pic cntik2?? tggu part 2 Bukit oh Tinggi k..

akhir cerita..jom cuti2 Malaysia

Bukan org Gasar

org Gasar..agaknya apa impression korang bila baca ayat ni?? hurm..siapa org gasar?? apa plak mksudnya kn??

miss dila pernah terbaca 1 artikel..org Gasar ni adalah satu kaum yg bersikap kasar..apa2 benda dibuat, mungkin mengikut pndangan pengkajinya yang miss dila xtau siapa, agak kasar..kot la..

semua org xsuka org kasar..btul x?? well, mungkin ada certain people boleh trima tetapi tidak bagi miss dila..my heart will go thump thump thump..berdetak kencang dan otak merembes sejenis hormon yg kita gelar hormon TIDAK SUKA..

suggoh xselesa dgn org sebegini...ah..miss dila dkelilingi org2 sebegini..xtau dr mna dtg sikap sebegitu miss dila xtau la...kalau pon nk bergurau ada tahapnya..dan selalu sja miss dila terasa kecik ati dgn sikap org ini...

iya..ya...ya..iya..ada yg berpandangan org seperti miss dila ni terlalu cerewet dan xpatot kluar d khalayak..haha..msti akn ada yg terfikir bgitu..tp..dlm ISLAM ada menegaskan..berlemah lembutla..xkira dlm apa jua yg kita lakukan lemah lebut e2 dperuntukkan..

tendang2 barang guna kaki..tunjuk2 guna kaki..baling2 barang yg ptutnya dhulurkan dgn baik...jerit2 mcm org hilang akal ats pkara kecil..ah..fed-up tahu...benci..ni bukan kasar tetapi KURANG AJAR

dia kadang mengakui dirinya yg kasar..dah sedar tu bagus tetapi bilanya nk berubah?? C..most people berperangai macam begini..SEDAR TAPI TAK BERTINDAK UTK PERBETULKAN..apa nak jadi?? sombong..ego..berlagak..takbur...riak..semua tu bermaharajalela dalam diri..hebatkan..kita benci pada iblis laknatullah dan askar2nya..tetapi kita tanamkan sifat dan sikap buruk e2 dlm diri...

ada masa rsa nk nangis sja..knpa perlakukan miss dila begini?? adakah krna terlalu byk termakan budi jd miss dila layak tuk dipijak-pijak?? soalan sebegini sering menerjah..sedih dan pilu rsa hati ni..miss dila xpernah berlaku kasar tetapi kamu...

satu lagi..mungkin cra dia dibesarkan begitu jadi xheranlah krna mak bapa juga begitu..igt lagi dia sndri yg bercerita bagaimana bapa dia memperkecilkan miss dila krn miss dila pnah cdgkan kpd anknya utk bhijrah ke sabah mncari kerja..

"di sabah xda kerja..sedangkan org sabah pon datang bekerja di semenanjung!"

ayat bunyinya biasa tetapi terguris jugak hati ni..apa dia igt anak dia hebat sgtkah sehingga bole meminta e2 ini kpd syt?? rezeki bkn d tgn manusia..kita hanya berusaha..selebihnya ALLAH SWT punya kuasa..dia tahu tetapi mcm biasa..buat xtahu..dan siapa pulak yg drag miss dila smpi kerja d tpt yg menyakitkan hati ni klu bukan anak dia sndri?? dia xigt kah?? BENCI!!!

and beberapa hari lalu..dpt pggilan..ada offer kerja d sabah..if my rezeki..miss dila xkn menoleh tuk memandang..biarlah..miss dila akn berhenti dan xmhu tahu apa lagi..

Saturday, June 7, 2014

My MrPerfect

someone had asked miss dila with this question,

"Macam mana lelaki idaman dila?"

teng..terdiam seketika...sebelum jwb soalan tu gelak laju2 dlu bagik mencover rasa malu..wahaha..actually miss dila pon xda jwpannya..

hurm..sblm ni miss dila ada post jgak psl soalan cepumas sebgini..yala...bla tau umur miss dila..n kenyataan yg miss dila masih solo tu yg wat sume tertanya kot..ehem..miss dila masih muda k..so no need to rush..ttg memilih pasangan..hahaha..ssh nk wat pilihan..kui2

op cos miss dila have someone in my heart..haha..shhh..ni rahsia tau..ada..bkn xda..but seeing him always make my heart feeling the pain..y?? krna miss dila bkn perempuan pertama dlm hidupnya..haha

dia..org tu mmg sgt2 memahami miss dila..amongs all male friend miss dila rasa dia la yg paling dekat dan paling tahu miss dila ni cmna..miss dila nk sgt lelaki spt e2 sbg suami...

dia bkn xpernah meluahkn perasaan..rsanya pernah..kot..haha..ingatan mcm ada tp miss dila ni jnis yg malu bla masuk bab loving2 ni...so miss dila selalu la wat xtau..even now...haha

so mgkin org tu dah beralih arah..biarla..dia pon xtau miss dila pernah simpan hati kat dia..well, lelaki dan perempuan xkan ada istilah 'kawan baik' melainkn slh seorg menyimpan perasaan thdp yg seorg lagik..most of stories goes like this

perempuan ni senang jer sbnrnya..keinginan hmpir sma..pilihan jugak hmpir sma..andai c lelaki berjaya memenangi hatinya nescaya dia akn memberi segalanya..tp jgn sesekali khianati rsa percayanya krna e2 akn mengubah cinta mnjadi benci utk selamanya

Tuesday, June 3, 2014

Annoying

feel annoying...y?? bcoz of one person who always thought that she perfect in doing this and that but everything just a bluff..

geram..marah...sakit hati..nk cakap takot kecik hati..xckp rsa sakit hati plak..adohaii...hm..bkn pertama kali dia bsikap begini..selalu sgt..tp knpa dia xpernah mahu sedar??

miss dila tahu..ya..op coz..semua org xperfect...nk memuaskan hati org e2 xmudah..ada sja yg xkena di pandangan mata tetapi cuba..at least try something..xpon..cuba jgn mengata org lain dlu..cermin diri sebelum kita mengata org lain..

dia kata cik A pengotor..lps keja xmahu bersihkan tpt sndri..tetapi dirinya sendiri?? hm...bkn nk kta apa...bilik e2 digunakan sndri olehnya tetapi tetap jugak dia berkira xmhu membersihkan..apa salahkah klu dia luangkan masa even 5mnit tuk brsihkan bilik yg selalu digunakan sndiri?? xkn nk tggu org lain bersihkan plak...berkira..sikap e2 yg selalu kelihatan pd dirinya..so, miss dila xhairan bilamana kluarga sndri bkira dgn dia..cuma dia xpernah sedar...

 

da terlalu lama memendam...tp hati org kita harus jga..lbh2 lagik jika org e2 sudah menabur budi kpd kita..btol x??

hari ni sja miss dila menelan kemarahan...jauh d dsr hati sgtttttla benci bla dia membuat keja separuh hati..if u dont want to do it then quit..or just keep ur mouth shut..but she annoyingly comes to my place and spread those negative thinking to me...ahhhh...SHUT UP! mmg nk jerit sekuat hati..but stil simpan dlm hati sja..org e2 sudah berbudi..dan kita sudah terlanjur termakan budi...


again and again she makes the same mistakes but not even once she admit her mistakes..keep thinking..org semacam apa dirinya?? mengata org lain seolah dia e2 sempurna tetapi menunjukkan sikap jeleknya di mata org lain..

ahh..sabar ajela......

Sunday, June 1, 2014



Kaki yang melangkah berhenti di depan bangunan yang tersergam tinggi. Kepala mendongak melihat ketinggian bangunan pencakar langit tersebut. Ah, benci betul datang ke sini. Venus mendengus kencang lagak seekor lembu betina yang hendak menanduk mangsanya. Belakang leher dipegang selepas beberapa minit. Ah, sakit pula leher apabila mendongak terlalu lama.



Tempat ini? Bangunan yang menempatkan apartment Shinhwa. Siapa Shinhwa? Mereka adalah enam orang pemuda yang ingin menempah lagenda. Itu kata ketua kumpulan mereka, Eric. Venus mencebik. Lagenda konon. ‘Sudahlah, macam aku tak tahu Shinhwa tu spesies macam mana.’ Venus mendengus lagi. Terbayang di tubir mata wajah enam orang ahli Shinhwa.


Eric adalah abang sulungnya. Anak kesayangan dalam keluarga yang terdiri daripada ayah, ibu, Eric dan Venus. Eric memiliki segalanya. Rupa yang handsome sehingga menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan semenjak menjejak kaki ke sekolah. Memiliki tubuh yang tinggi dan sasa. Tapi, tak siapa tahu sikap sebenarnya selain Venus. 

 Bagi Venus, Eric seorang abang yang suka mengarah, berlagak kacak. Walau dasarnya Venus sendiri akui abangnya memiliki rupa yang kacak!  Venus tidak pernah menyangkal kelebihan yang ada pada abangnya. Selain rupa yang kacak Eric turut cemerlang dalam akademik dan sukan. Disebabkan itulah Eric sentiasa menjadi tumpuan ramai. Tidak kira dalam majlis rasmi atau tidak rasmi. Semakin hari semakin ramai yang meminati Eric.

Pelajar perempuan yang gilakan Eric akan menggunakan Venus sebagai posmen tidak rasmi mereka. Surat luahan perasaan pasti akan diterima setiap hari. Semuanya untuk Eric. Itu belum kira hadiah yang pelbagai. Akhirnya, Venus mengambil keputusan mahu mendaftar ke sekolah perempuan ketika berada di peringkat menengah tinggi bagi menjauhkan dirinya daripada Eric dan sekaligus melenyapkan gelaran posmen dalam diari kehidupannya. Namun, sangkaan tersebut meleset. Keadaan menjadi buruk. Malah semakin teruk. Venus mengeluh.

Sudah agak lama Venus tidak berjumpa dengan ahli group Shinhwa yang lain. Sebaik tamat sekolah menengah Venus meneruskan pelajaran ke selatan negara semata mahu mengelakkan traumanya. Jadi hampir tiga tahun dia tidak bersua muka dengan mereka. Ahli Shinhwa selain Eric adalah...

Hyesung...jiran selang beberapa rumah dari kediaman keluarga Venus dan Eric, 

MinWoo...ketua gangster di sekolah lama Eric, 

 Dongwan...mendapat gelaran Putera Senyum kerana terlalu kaya dengan senyuman, 

Junjin...atlet harapan sekolah, 

dan maknae mereka Andy...seorang yang pemalu dan tidak banyak cakap. 

Bagaimana mereka boleh bertemu dan menubuhkan Shinhwa segalanya menjadi rahsia Shinhwa dan Venus tidak pernah mahu ambil tahu. Walaupun begitu dia masih tetap merasakan yang dirinya dekat dengan Shinhwa hanya kerana pertalian darah antara dia dengan Eric.

Venus memejamkan mata sesaat. Tiga tahun...ya, tiga tahun sudah berlalu sejak kali terakhir dia menjejak kaki di apartment yang dihuni Shinhwa. Masa yang agak lama. Venus ingat lagi, kali terakhir dia berkunjung ke apartment Shinhwa berlaku kejadian yang agak memalukan. Semenjak itulah dia serik untuk berkunjung ke sini lagi.

Masa itu sama seperti hari ini. Sebaik selepas Eric telefon dan meminta ibu menyediakan makanan kegemarannya iaitu bibimbap ibu akan memasak dan Venus diminta untuk menghantarnya. 

Sebaik melangkah masuk Venus sudah terdengar suara Eric dan Hyesung yang bising. Entah apalah yang digaduhkan Venus malas hendak bertanya kerana itu bukanlah kali pertama mereka bertengkar. Eric dan Hyesung bagai air dan minyak. Oil and water yang tak boleh dicantumkan tetapi tetap menjadi bahan utama masakan.

Bekalan ibu segera diletakkan di atas meja dengan tergesa-gesa. MinWoo yang baru hendak masuk ke dapur ditolak dan tanpa menjelaskan apa-apa Venus segera mencari bilik air kerana ketika dalam perjalanan lagi dia sudah terasa nak membuang air. Pintu bilik air dibuka dan...

“Ah...!!!” sepantas kilat Venus menutup wajah. Malu melihat kejadian di depan mata. Dalam satu bilik air Andy sedang mandi, Junjin sedang memberus gigi dan Dongwan duduk di mangkuk tandas. Venus berjanji itulah kali terakhir datang berkunjung ke sini. 

Hari ini, disebabkan anak kesayangannya meminta jadi ibu memaksa Venus untuk ke sini. ‘Ah, mengapalah aku balik ke sini menghabiskan cuti?’ Menyesal.Venus kesal. Biasanya dia lebih suka menghabiskan waktu cuti semester dengan aktiviti universiti.

Ting, lif berbunyi. Venus melangkah masuk ke dalam perut lif bersama sekumpulan gadis yang jika dilihat dari cara mereka sudah dapat diteka mereka adalah pelajar di universiti tempatan. Venus mengagak mungkin umur mereka tidak jauh berbeza. Venus menekan butang untuk ke tingkat 18 dan tidak menyedari tindakannya itu telah mengundang pertanyaan di kalangan kumpulan gadis itu. Sedetik Venus merasakan dia menjadi tumpuan. Ketika anak mereka bertaut Venus melempar senyum sambil tertunduk sedikit. Ini adalah adat sapaan di kalangan rakyat Korea.

Mereka membalas tetapi masih tertanya sesama sendiri. Berbisik-bisik sehingga menjadikan Venus jadi tidak selesa. Sepanjang perjalanan Venus cuba berlagak biasa dengan menyembunyikan perasaan pelik di dalam hati. Duganya, pasti ia berkaitan dengan Shinhwa.

Tingkat 18. Venus melangkah keluar dari perut lif dan menuju ke apartment Shinhwa.  Begitu juga dengan kumpulan gadis tersebut tetapi mereka beralih ke pintu yang bertentangan dengan apartment  Shinhwa. Venus menarik nafas panjang. Tepat seperti yang diduganya sebentar tadi. Mereka masih berbisik-bisik sesama sendiri sambil mengerling ke arah Venus. Tentunya topik yang hangat diperkatakan adalah tentang status Venus.

Loceng ditekan beberapa kali tanpa menghiraukan pandangan gadis-gadis tersebut sambil hati berdoa agar janganlah berlaku apa-apa kejadian yang tak diingini pada hari ini. Dua tahun sudah berlalu mungkin mereka semakin matang. Harapan itu Venus benamkan di dalam hati. 

Pintu dibuka dan tersembul wajah MinWoo yang comel. Mata sepet dengan senyuman menggoda. Aduh. Parah. Duhai hati jangan mudah tergoda. Venus memandangnya dengan wajah tegang semata mahu menyembunyikan rasa malu apabila melihat MinWoo yang hanya memakai singlet nipis mendedahkan dada yang bidang. Godaan..godaan...

“Hai Princess. Long time no see...,” sapaan MinWoo dibiar berlalu bersama angin. Malu masih menebal. Venus melangkah masuk sambil mata mengitari sekitar. Minwoo mengekori dari belakang. Sebelum menutup daun pintu sempat juga MinWoo menyapa jiran sebelah rumah dengan senyumannya. 

“Eric Oppa ada?” soalan basa-basi. ‘Tentulah Eric ada di rumah sebab dia yang kemaruk sangat nak makan bibimbap ni. Dah besar panjang pun masih tak tahu nak masak!’ Venus mengutuk di dalam hati.Bibimbap yang mudah untuk disediakan pun tak mampu dibuat oleh Eric. Entah apalah yang nak jadi dengan abang sulungnya itu. Terlalu manja dan dimanjakan.

“Eric dah keluar.” Jawapan pendek MinWoo membuat Venus berpaling dan saat itu hampir saja bibir bersentuhan kerana Minwoo betul-betul berada seinci dekat dengan tubuh Venus. Venus telan liur. Dapat dirasakan darah naik ke wajah. MinWoo tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik gadis di depannya itu.

Venus mengundur setapak ke belakang. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan tersebut. Sejak bila pula ketua gangster ini pandai menggoda? Venus mengagak tentunya Minwoo sudah dipengaruhi oleh ahli Shinhwa yang lain. Wajah yang terbayang di ruang mata kala ini tentulah Eric. Venus membuat tuduhan tanpa mencari bukti. Pernafasan dikawal. Dasar buaya tembaga. Kutuk Venus di dalam hati.

“Ehem...ehem...” deheman tanda teguran dari seseorang berjaya mengalihkan perhatian Venus dan Minwoo. Junjin berdiri berpeluk tubuh memerhati Venus dengan MinWoo.

“Ohoh...look who’s here? Shinhwa’s only love.” Junjin, si raja usik tersenyum lebar. Venus menjeling tajam. Malas nak layan. Semakin dilayan semakin menjadi nanti.

“V nak baliklah...” rajuk Venus.

“Eh, mana boleh balik. Kan baru sampai. Lepaklah dulu dengan MinWoo Oppa dan Junjin Oppa. Dah lama tak jumpa V. Makin cantiklah. Dah ada boyfriend?” Junjin mengenyitkan mata. Diakui sedikit sebanyak Venus mewarisi kecantikan yang lahir dalam keluarga mereka. Namun, gadis itu sering menyangkalnya dengan merendah diri. Venus menarik nafas panjang. Sesungguhnya dia malas nak melayan Junjin Oppa kerana Venus tahu Junjin memang seorang yang loyar buruk.

“Yalah. V sejak masuk univ dah makin sombong,” giliran MinWoo oppa mengusik. Venus gigit hujung bibir.‘Hish, inilah yang aku tak suka.’Langkah kakinya berhenti di depan pintu utama bila kedua lelaki ini menghalang.

“Alah V...sekali sekala lepak. Rindulah dengan V...” suara manja MinWoo menusuk gegendang telinga. Pandangan matanya penuh mengharap. Junjin mengambil kot yang ada di tangan Venus lalu memusing tubuh dan mendorong Venus untuk berjalan ke satu bilik. Venus menurut dalam keterpaksaan.

“Kami nak tunjuk sesuatu.” Junjin tersenyum nakal ke arah MinWoo yang mengikut jejak mereka. 

“Oppa nak tunjuk yang ini. Tada...,” MinWoo menunjukkan satu poster yang agak besar menghiasi dinding. Tulisan Shinhwa menjadi tajuk atas dengan keenam mereka sebagai model. Wajah ceria Shinhwa menggamit perasaan cemburu. Kelihatan jelas persahabatan kukuh terjalin antara mereka. Tulisan di bawah turut menarik perhatian. Perfect Man...huh, perfect konon. Piiraaahhh...

“Cantik tak?? Cantik tak??” Junjin yang tidak sabar mahu mendengar komen dari Venus.

“Hm...bolehlah...”

“Bolehlah??” Junjin nyata tidak berpaus hati dengan komen separuh hati Venus.

“Hish, dahlah. V nak balik!”

“Eh, tak boleh balik. Takkan V tak nak jumpa Oppa yang lain?? HyeSung...Andy...DongWan...??” apabila menyebut nama DongWan oppa Venus melihat Junjin memberi isyarat nakal kepada MinWoo. Hati bergetaran. Takkanlah...

“Tak nak. Nak balik!” Venus berkeras dan kedua oppa takkan dapat menghalangnya. Namun baru saja dia hendak membuka pintu  ada seseorang membuka dari luar. Eric, HyeSung, dan Andy melangkah masuk.

“Dongsaeng!” Venus mencebik sebelum memeluk Eric yang sudah mendepangkan tangan. Sebaik melepaskan pelukan dia lihat setiap Shinhwa mendepangkan tangan masing-masing menanti Venus untuk memeluk mereka. Venus jelirkan lidah sebagai balasan.

to be continued...

 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)