Monday, November 22, 2010
pinjamkan aku setitis semangat yang ada bersama mu
kerana saat ini dan ketika ini diri umpama angin
yg hanya berhembus perlahan tanpa siapa mempedulikan
pinjamkan aku walau sedikit kata-kata
yang mampu membangkitkan rasa juang ku
kerana aku tertewas sebelum sempat perang bermula
pinjamkan aku bahu yang sedia memikul amanah itu
kerana aku seakan goyah dengan janji-janji yang pernah aku lafazkan
dan titis mutiara ini tidak mampu mengembalikan semula
semangat, perjuangan dan kekuatan untuk menggalas
amanah ayah dan bonda
aku lemah ketika yang lain bersemangat menabur cairan pena
aku lemah ketika ramai berjuang mendapatkan 'syarat kerja'
aku lemah ketika luahan amanah itu berlegar lagi di minda
jadi aku mohon
pinjamkanlah aku walau secubit cuma...