Tuesday, April 24, 2012
Aku berdehem dua tiga kali sejurus selepas memberikan penerangan. Aku pandang seorang demi seorang ahli kumpulan yang datang semasa perbincangan petang itu. Kurang seorang. Siapa lagi kalau bukan si Rambut Tercacak.
Dia terpaksa dikecualikan sekali lagi atas alasan terlibat dalam Perbarisan Kehormat bagi Konvokesyen Universiti. Acara ini adalah sebagai tanda pembukaan majlis konvokesyen di Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Oh ya, lupa nak beritahu. Nama sebenar si Rambut Tercacak ialah Khairul Hazim. Aku terpaksa menggunakan nama sebenar ketika bersama ahli kumpulan yang lain demi mengelakkan fitnah. Tapi kalau dengan Cidot atau KC aku lebih suka memanggil gelarannya, si Rambut Tercacak.
“Er…bagaimana dengan Kay?” cela Risyam.
Dia ni aku panggil PA si Rambut Tercacak kerana semua hal semasa si Rambut Tercacak diketahuinya. Hendak menghubungi si Rambut Tercacak pun melalui dialah.
“Erm…nanti awak suruh dia call saya ajelah. Nanti saya beritahu, okay?” balas aku yang sebenarnya tak tahu hendak beri jawapan apa.
Semua tugas sudah aku agihkan dan terlupa mengenai si Rambut Tercacak. Eh, bukan salah aku. Siapa suruh skip setiap kali ada discussion? Salah dialah…betul tak?
Risyam mengangguk. Aku menghadiahkan senyum. Selesai discussion aku bergegas keluar dari library. Duduk lama-lama di situ boleh beku otak aku dibuatnya dan aku terus menapak ke kafetaria. Dari jauh aku melihat Cidot dan KC melambaikan tangan. Aku mendekat.
“Dah habis?”
“Dah!” jawab aku pendek.
“Kalau macam tu jom pergi pesta konvo!” Aku hanya mengangguk menyetujui.
Pesta konvo adalah pesta yang dinantikan oleh semua siswa siswi. Di pesta inilah pelajar boleh membeli belah dengan harga yang murah. Ada bermacam benda yang terpamer untuk dijual. Pakaian, tudung, kain dan beraneka jenis makanan dapat dibeli.
“Wah, rambang mata aku dibuatnya,” luah Cidot. Dia memang kaki shopping jika dibandingkan dengan kami bertiga.
“Beli sekadar perlu bukan ikut nafsu, tahu?” aku menegur. Wah, lagak umpama kakak kepada keduanya. Yalah, sebagai pelajar kita seharusnya berjimat cermat dengan duit perbelanjaan terutama bagi mereka yang mendapat pinjaman dari pihak PTPTN atau mana-mana yayasan.
“Eh, D…cuba tengok sana tu,” juih KC dengan bibirnya. Aku segera berpaling dengan perasaan yang ingin tahu.
Bersambung lagilah...
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)