Friday, April 20, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 3

Itu satu cerita. Tapi di situlah mulanya aku mengenali si Rambut Tercacak. Kisah senyuman anehnya terbawa-bawa ke hari-hari yang berikut aku terserempak dengannya.

Semasa di Pusat Teknologi Maklumat atu ringkasnya PTM…oh, lupa beritahu…aku selalu menghabiskan masa di sini sementara menanti kuliah berikutnya, aku terserempak lagi dengannya.

Aku malas hendak mengambil tahu tentang seorang yang tidak dikenali. Episod lepas dengan mudah aku lupakan. Yala, dia siapa untuk aku fikirkan? Bukan sesiapa. Itu fikir aku sendiri.

Aku mencari tempat tersorok sedikit untuk melayari internet. Tiba-tiba sixth sense mengisyaratkan bahawa diri diperhatikan. Mungkinkah? Aku mencuba mencari-cari wajah yang dikenali tetapi hampa. Terpandang si Rambut Tercacak. Dia sedang tersenyum. Senyum kemudian memandang skrin. Hati rasa tidak sedap.

Melalui celah komputer aku memerhatikan gelagatnya. Dia senyum kemudian memandang skrin. Pandang skrin pandang aku lalu senyum. Wajah aku perhatikan di skrin gelap yang memantulkan cahaya. 

Ada apa-apa tak kena ke dengan wajah aku hari ni? Hurm…perkara ni tak boleh dibiarkan. Aku harus berbuat sesuatu.

Demi menyedapkan hati sendiri aku memulakan eksperiman. Mangsanya Cidot dan KC. Aku mahu mereka memerhatikan gelagat si Rambut Tercacak semasa aku buat-buat sibuk dengan internet. Entah siapa yang gila sekarang sama ada aku atau si Rambut Tercacak?

Hasilnya, Cidot dan KC mengiakan sangkaan aku selama ini. Si Rambut Tercacak disahkan sewel. Pandang skrin intai aku kemudian senyum sendiri. Wah, ada juga ke siswa gila semacam ini di UTHM?

Oh, si Rambut Tercacak belum cukup gila kerana aku lebih gila dengan buat kerja gila. Tiga hari selepas eksperimen tersebut aku menyerangnya. Er…bukan menyerang tetapi lebih kepada soalan…jawapan dan arahan.


Bersambung....

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)