Thursday, April 19, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 2

Dari jauh aku dapat melihat tangan KC dan Cidot melambai menggamit aku supaya melangkah dengan cepat. Sekejap lagi sebuah bas akan masuk ke kawasan kolej kediaman.

Hanya sebuah bas dan bilangan pelajar yang sedang menunggu kehadiran bas tersebut berpuluh orang. Tak mungkin tertampung dengan hanya sebuah bas.

Aku buka langkah. Sebaik saja pintu bas terbuka aku, KC dan Cidot lekas-lekas menyelitkan diri. Berusaha sedaya mungkin mahu menaiki kenderaan tersebut kerana jika mengalah dan menunggu lagi sudah tentu kami akan terlewat masuk ke dewan kuliah.

Fuh, nafas dihembus. Nasib baik berjaya meloloskan diri. Aku perhati dalam bas. Sesak. Penuh macam ikan sardine di dalam tin.

Kalibat KC dan Cidot kelihatan terperosok jauh ke dalam bas. Aku terpisah dengan keduanya. Nasib baik juga mereka sempat menaiki bas. Aku lemparkan senyum ke arah keduanya lalu berpaling dan membetulkan kedudukan sebelum bas bergerak. Ketika itulah aku terpandangkan seorang siswa sedang melempar senyum. Ya, aku yakin dia sedang tersenyum ke arah aku.

Kening berkerut kebingungan. Dia senyum dengan siapa? Akukah? Lantas aku menoleh menjeling orang di kiri kanan. Wajah selamba tanpa riak. Aku mengerling lagi. Dia senyum. 

Confirm! Ah,dengan orang lain kot. Aku cuba membuang perasaan sendiri.

Turun dari bas aku menunggu KC dan Cidot untuk sama-sama ke dewan kuliah. Siswa tadi turun dan sempat melempar senyum pada aku. Aku pusing melihat sekitar. Tiada siapa. Hanya aku. Ah, sewel barangkali. Kesimpulan mudah yang sempat aku fikirkan.

Bersambung...

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)