andai pohon yang bergoyang itu bisa menjawab
andai suria yang menyinar mahu menjadi saksi
andai angin yang bertiup mampu mengerti
takkan ada soalan yang tempias ke lubuk jiwa
mengapa harus begitu
adakah kerana begini
atau bagaimana lagi
jika tiada arah
sering langkah diatur tersusun menjadi perhatian
namun tiada siapa peduli bila langkah menjadi sumbang
lalu rebah menyembah
bersama iringan suara-suara esakan kesakitan
moga kesepian itu ada jawapan
kerna bibir tak mampu lagi berbisik
bila embun menitis dari daun ke daun