Friday, April 20, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 3

Itu satu cerita. Tapi di situlah mulanya aku mengenali si Rambut Tercacak. Kisah senyuman anehnya terbawa-bawa ke hari-hari yang berikut aku terserempak dengannya.

Semasa di Pusat Teknologi Maklumat atu ringkasnya PTM…oh, lupa beritahu…aku selalu menghabiskan masa di sini sementara menanti kuliah berikutnya, aku terserempak lagi dengannya.

Aku malas hendak mengambil tahu tentang seorang yang tidak dikenali. Episod lepas dengan mudah aku lupakan. Yala, dia siapa untuk aku fikirkan? Bukan sesiapa. Itu fikir aku sendiri.

Aku mencari tempat tersorok sedikit untuk melayari internet. Tiba-tiba sixth sense mengisyaratkan bahawa diri diperhatikan. Mungkinkah? Aku mencuba mencari-cari wajah yang dikenali tetapi hampa. Terpandang si Rambut Tercacak. Dia sedang tersenyum. Senyum kemudian memandang skrin. Hati rasa tidak sedap.

Melalui celah komputer aku memerhatikan gelagatnya. Dia senyum kemudian memandang skrin. Pandang skrin pandang aku lalu senyum. Wajah aku perhatikan di skrin gelap yang memantulkan cahaya. 

Ada apa-apa tak kena ke dengan wajah aku hari ni? Hurm…perkara ni tak boleh dibiarkan. Aku harus berbuat sesuatu.

Demi menyedapkan hati sendiri aku memulakan eksperiman. Mangsanya Cidot dan KC. Aku mahu mereka memerhatikan gelagat si Rambut Tercacak semasa aku buat-buat sibuk dengan internet. Entah siapa yang gila sekarang sama ada aku atau si Rambut Tercacak?

Hasilnya, Cidot dan KC mengiakan sangkaan aku selama ini. Si Rambut Tercacak disahkan sewel. Pandang skrin intai aku kemudian senyum sendiri. Wah, ada juga ke siswa gila semacam ini di UTHM?

Oh, si Rambut Tercacak belum cukup gila kerana aku lebih gila dengan buat kerja gila. Tiga hari selepas eksperimen tersebut aku menyerangnya. Er…bukan menyerang tetapi lebih kepada soalan…jawapan dan arahan.


Bersambung....

Thursday, April 19, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 2

Dari jauh aku dapat melihat tangan KC dan Cidot melambai menggamit aku supaya melangkah dengan cepat. Sekejap lagi sebuah bas akan masuk ke kawasan kolej kediaman.

Hanya sebuah bas dan bilangan pelajar yang sedang menunggu kehadiran bas tersebut berpuluh orang. Tak mungkin tertampung dengan hanya sebuah bas.

Aku buka langkah. Sebaik saja pintu bas terbuka aku, KC dan Cidot lekas-lekas menyelitkan diri. Berusaha sedaya mungkin mahu menaiki kenderaan tersebut kerana jika mengalah dan menunggu lagi sudah tentu kami akan terlewat masuk ke dewan kuliah.

Fuh, nafas dihembus. Nasib baik berjaya meloloskan diri. Aku perhati dalam bas. Sesak. Penuh macam ikan sardine di dalam tin.

Kalibat KC dan Cidot kelihatan terperosok jauh ke dalam bas. Aku terpisah dengan keduanya. Nasib baik juga mereka sempat menaiki bas. Aku lemparkan senyum ke arah keduanya lalu berpaling dan membetulkan kedudukan sebelum bas bergerak. Ketika itulah aku terpandangkan seorang siswa sedang melempar senyum. Ya, aku yakin dia sedang tersenyum ke arah aku.

Kening berkerut kebingungan. Dia senyum dengan siapa? Akukah? Lantas aku menoleh menjeling orang di kiri kanan. Wajah selamba tanpa riak. Aku mengerling lagi. Dia senyum. 

Confirm! Ah,dengan orang lain kot. Aku cuba membuang perasaan sendiri.

Turun dari bas aku menunggu KC dan Cidot untuk sama-sama ke dewan kuliah. Siswa tadi turun dan sempat melempar senyum pada aku. Aku pusing melihat sekitar. Tiada siapa. Hanya aku. Ah, sewel barangkali. Kesimpulan mudah yang sempat aku fikirkan.

Bersambung...

Tuesday, April 17, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 1

“What?! Apa?!”

Hampir tersedak Cidot mendengar jeritan datang dari anak tekak ku. Bulat anak mata ku memanah wajah bulat Cidot. Cidot mengalih pandang ke arah KC dan KC pula memandang aku. Jelas terpamer wajah yang kebingungan pada keduanya.

“Rilekslah, D…,” pujuk KC. 

Aku menggeleng laju. Bertenang? Mereka menyuruh aku bertenang sedangkan berita yang disampaikan kepada aku ibarat berita pengumuman tercetusnya Perang Dunia Ke-3. Oh tidak…aku tak boleh bertenang.

“Mana boleh Dr Rudy buat macam ni. Ini sudah melanggar etika pensyarahan!” aku mendengus kasar. Etika pensyarahan? Entah apa-apa ajelah yang terkeluar dari mulut ketika sedang marah. Aku lihat Cidot dan KC menyembunyikan tawa. Ah, pedulikan.

“Dr Rudy boleh dan berhaklah cik adik oii…,” luah Cidot atau nama sebenar Siti Saleha binti Dollah.

Aku terjelepok jatuh terduduk di atas katil. Hampa terasa. Serta-merta mood hendak keluar berjoging petang itu hilang.

“Rilekslah D. Mungkin inilah masa yang sesuai untuk kau perbaiki hubungan kau dan dia…,” pujuk Kristina yang lebih sinonim dengan nama KC. Aku memandang keduanya silih berganti.

Perlahan aku mengangguk mengiakan kata-kata. Ya, mungkin Tuhan sengaja mentakdirkan aku dan dia untuk berada di dalam satu kumpulan kali ini. Terbayang di tubir mata wajah seorang pemuda berambut tercacak dengan senyuman yang sukar aku mengertikan terukir di bibirnya.

Si Rambut Tercacak! Itu gelaran yang aku berikan kerana rambutnya yang tidak pernah disikat lurus. Dua puluh empat jam tercacak. Cicak jatuh confirm mati.  Cidot ketawa saat aku kemukakan teori tersebut.
Bagaimana aku dengan si Rambut Tercacak ni boleh menjadi musuh? Oh, begini kisahnya…

Bersambung...

ok2..as miss dila jnjikan..ni dia top2 secret tu..haha..no la..not this one...yg ni tuk entry sblm ni...apa2 pon enjoy the story...
tunggu ya episode akan datang..hehehe....

Sunday, April 15, 2012

Not the 1st

hm..lma kn miss dila xmencoret contang d sni..alkisah hati yg resah n gelisah coz jdik penganggur xsetia..aduhaii...tensennya mulai terasa...

ok..not the 1st..what?? hehe...suprise2...

this one not the 1st..but it will be the 1st to be publish here...apa dia?? tu kne tggu la..miss dila xmo gtau dlu..ni tmasuk dlm secret mission dlu..hahahaha

Tuesday, April 3, 2012

Maaf, saya tak mahu

Mencari rezeki bukanlah perkara yang susah..cuma bergantung pada keinginan kita saja..hendak atau tak..mahu atau tidak..bukankah begitu??

pencarian bermula sebaik tamat latihan industri..dan usaha msih belum temui jawapannya..insyaAllah..percayalah pd janji Allah SWT bhwa setiap anak cucu Adam dibekalkan dgn rezkinya sendiri...carilah ia d mna jua berada..hanya pastikan ianya halal di sisi agama.

mencari rezki bukan bererti mencari harta kekayaan atau kehormatan d mata manusia..mencari rezki utk kelangsungan hidup semata..mahu memperbaiki hidup yang susah...tapi patutkah misi pencarian ini disalahtafsirkan??

d mata ini bukan wang semata..tapi ilmu dan redhaNya yang dimahu..hentikan propaganda menikam menggunakan wang dan harta...sekali lafaz saja sudah cukup membuat kamu faham..SAYA TIDAK MAHU!!

Wednesday, March 14, 2012

Biar menjadi kabus

Norma-norma kehidupan adalah jalan yang harus ditempuhi oleh setiap manusia. Insan yang lalai bakal menjadi hamba dunia malah lebih perit jika dia sanggup menjual akhirat demi dunia yang dikejarnya. Manusia bijak jika mampu menyeimbangkan bakti dunia untuk akhiratnya. Mereka memilih akhirat berbanding dunianya.

Usah dipertikai setiap tindakan kerana kita adalah hambaNya yang lemah. Makhluk yang belajar selepas kesilapan yang dilakukan. Tapi...AWAS! Kesilapan yang berulang boleh menjadi kesalahan jika dilakukan berulang-ulang tanpa pengawasan hati dan akal. Jangan diperturut nafsu semata, kelak diri sendiri yang merana.

Dalam jangkaun masa depan kita berdepan dengan masa kini dan meninggalkan masa lalu. Masa lalu itu sejarah, masa kini adalah realitinya. Putaran masa yang kita ketahui namun masih jua lalai dalam menaklukinya.


Biar ia berlalu

 

Rasa malu menguasai ketika mengisi masa mempertonton semula masa silam yang pernah dilakar. Alangkah mudahnya diri diperhamba nafsu dunia. Walau akal sihat menafi setiap tindakan tetapi demi nafsu diperturut juga. Bisikan-bisikan si laknatullah mengisi jiwa remaja yang kosong tanpa cinta-Nya. Lalu akhirat ditolak untuk mengisi dunia.

Muda hanya sekali. Benar, tanggapan yang tidak salah untuk dituturkan. Tapi, apakah si penutur tahu akan maknanya? Kehidupan yang kita lalui saat dan tika ini tidak mungkin akan dilalui untuk kali keduanya. Masa tidak mungkin bergerak ke belakang meski jam kita kunci agar jarumnya tidak bergerak. Jadi mengapa tidak diisi masa muda yang hanya sekali itu dengan dakwah dan ilmu yang bermanfaat?


Kabus yang berlalu


 

Kadang-kala ia hadir memanggil diri untuk mengimbaunya semula. Malu ketika dikenangkan. Masa lalu ku yang kelam tanpa cahaya Ilahi. Aku mengejar dunia meski akhirat dibentang di hadapan mata. Cinta yang ingin diraih bukan yang sejati rupanya.

Menangislah...menangisi kesilapan yang dilakukan. Betapa kelamnya ketika itu dan suluhan cahaya Mu, Ya Rabb mengembalikan aku ke jalan yang benar.

Masa itu biarkan berlalu bersama angin pagi umpama kabus Gunung Kinabalu yang ditiup sang bayu. Akhirnya kelihatanlah puncaknya.

Moga hati ini terus dibimbing menuju ke jalan-Nya..insyaAllah.............

Tuesday, March 13, 2012

Dijentik halus

terpedaya dengan dakyah si pencari helaian biru..lantas kaki dihayun ke arah sana..ke tempat yang belum diketahui apakah coraknya...

beristighfar...sendirian beristighfar sambil mengurut dada yang kempis...apa yang harus diterjemahkan melalui lidah sedang hati kelu untuk berkata?? inikah akibatnya kerana terlalu mempercayai kata-kata seorang sahabat?? lalu tali persaudaraan itu dipergunakan untuk kepentingan dunia??

maaf, di bumi Allah SWT yang luas ini...bukan rezki semata yang harus dikejar..ada yang lebih penting..soal akidah..iman dan taqwa...

apakah rezki mnjadi titik persoalan penting setiap kali seorang saudara btemu saudaranya?? di mana titik kesedaran itu diletakkan??

belum cukup itu...mata disajikan dengan pemandangan yang cukup membuat jantung berdetak marah...wanita berpakaian tidak sepatutnya...perhubungan lelaki dan wanita yang ajnabi tanpa batasan...

Ya Allah...pantas saja dijentik halus dengan kesakitan pada hari tersebut..agar selalu beringat..jangan lagi melangkah ke sana...

 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)