Kaki
yang melangkah berhenti di depan bangunan yang tersergam tinggi. Kepala
mendongak melihat ketinggian bangunan pencakar langit tersebut. Ah, benci betul
datang ke sini. Venus mendengus kencang lagak seekor lembu betina yang hendak
menanduk mangsanya. Belakang leher dipegang selepas beberapa minit. Ah, sakit
pula leher apabila mendongak terlalu lama.
Tempat
ini? Bangunan yang menempatkan apartment Shinhwa. Siapa Shinhwa? Mereka adalah
enam orang pemuda yang ingin menempah lagenda. Itu kata ketua kumpulan mereka,
Eric. Venus mencebik. Lagenda konon. ‘Sudahlah, macam aku tak tahu Shinhwa tu
spesies macam mana.’ Venus mendengus lagi. Terbayang di tubir mata wajah enam
orang ahli Shinhwa.
Eric
adalah abang sulungnya. Anak kesayangan dalam keluarga yang terdiri daripada
ayah, ibu, Eric dan Venus. Eric memiliki segalanya. Rupa yang handsome sehingga menjadi kegilaan ramai
pelajar perempuan semenjak menjejak kaki ke sekolah. Memiliki tubuh yang tinggi
dan sasa. Tapi, tak siapa tahu sikap sebenarnya selain Venus.
Bagi
Venus, Eric seorang abang yang suka mengarah, berlagak kacak. Walau dasarnya
Venus sendiri akui abangnya memiliki rupa yang kacak! Venus tidak pernah menyangkal kelebihan yang
ada pada abangnya. Selain rupa yang kacak Eric turut cemerlang dalam akademik
dan sukan. Disebabkan itulah Eric sentiasa menjadi tumpuan ramai. Tidak kira
dalam majlis rasmi atau tidak rasmi. Semakin hari semakin ramai yang meminati
Eric.
Pelajar
perempuan yang gilakan Eric akan menggunakan Venus sebagai posmen tidak rasmi
mereka. Surat luahan perasaan pasti akan diterima setiap hari. Semuanya untuk
Eric. Itu belum kira hadiah yang pelbagai. Akhirnya, Venus mengambil keputusan
mahu mendaftar ke sekolah perempuan ketika berada di peringkat menengah tinggi bagi
menjauhkan dirinya daripada Eric dan sekaligus melenyapkan gelaran posmen dalam
diari kehidupannya. Namun, sangkaan tersebut meleset. Keadaan menjadi buruk.
Malah semakin teruk. Venus mengeluh.
Sudah
agak lama Venus tidak berjumpa dengan ahli group Shinhwa yang lain. Sebaik
tamat sekolah menengah Venus meneruskan pelajaran ke selatan negara semata mahu
mengelakkan traumanya. Jadi hampir tiga tahun dia tidak bersua muka dengan
mereka. Ahli Shinhwa selain Eric adalah...
Hyesung...jiran selang beberapa rumah
dari kediaman keluarga Venus dan Eric,
MinWoo...ketua gangster di sekolah lama
Eric,
Dongwan...mendapat gelaran Putera Senyum kerana terlalu kaya dengan
senyuman,
Junjin...atlet harapan sekolah,
dan maknae mereka Andy...seorang yang
pemalu dan tidak banyak cakap.
Bagaimana
mereka boleh bertemu dan menubuhkan Shinhwa segalanya menjadi rahsia Shinhwa
dan Venus tidak pernah mahu ambil tahu. Walaupun begitu dia masih tetap
merasakan yang dirinya dekat dengan Shinhwa hanya kerana pertalian darah antara
dia dengan Eric.
Venus
memejamkan mata sesaat. Tiga tahun...ya, tiga tahun sudah berlalu sejak kali
terakhir dia menjejak kaki di apartment yang dihuni Shinhwa. Masa yang agak
lama. Venus ingat lagi, kali terakhir dia berkunjung ke apartment Shinhwa
berlaku kejadian yang agak memalukan. Semenjak itulah dia serik untuk
berkunjung ke sini lagi.
Masa
itu sama seperti hari ini. Sebaik selepas Eric telefon dan meminta ibu
menyediakan makanan kegemarannya iaitu bibimbap ibu akan memasak dan Venus
diminta untuk menghantarnya.
Sebaik
melangkah masuk Venus sudah terdengar suara Eric dan Hyesung yang bising. Entah
apalah yang digaduhkan Venus malas hendak bertanya kerana itu bukanlah kali
pertama mereka bertengkar. Eric dan Hyesung bagai air dan minyak. Oil and water
yang tak boleh dicantumkan tetapi tetap menjadi bahan utama masakan.
Bekalan
ibu segera diletakkan di atas meja dengan tergesa-gesa. MinWoo yang baru hendak
masuk ke dapur ditolak dan tanpa menjelaskan apa-apa Venus segera mencari bilik
air kerana ketika dalam perjalanan lagi dia sudah terasa nak membuang air.
Pintu bilik air dibuka dan...
“Ah...!!!”
sepantas kilat Venus menutup wajah. Malu melihat kejadian di depan mata. Dalam
satu bilik air Andy sedang mandi, Junjin sedang memberus gigi dan Dongwan duduk
di mangkuk tandas. Venus berjanji itulah kali terakhir datang berkunjung ke
sini.
Hari
ini, disebabkan anak kesayangannya meminta jadi ibu memaksa Venus untuk ke
sini. ‘Ah, mengapalah aku balik ke sini menghabiskan cuti?’ Menyesal.Venus kesal.
Biasanya dia lebih suka menghabiskan waktu cuti semester dengan aktiviti
universiti.
Ting,
lif berbunyi. Venus melangkah masuk ke dalam perut lif bersama sekumpulan gadis
yang jika dilihat dari cara mereka sudah dapat diteka mereka adalah pelajar di
universiti tempatan. Venus mengagak mungkin umur mereka tidak jauh berbeza.
Venus menekan butang untuk ke tingkat 18 dan tidak menyedari tindakannya itu
telah mengundang pertanyaan di kalangan kumpulan gadis itu. Sedetik Venus
merasakan dia menjadi tumpuan. Ketika anak mereka bertaut Venus melempar senyum
sambil tertunduk sedikit. Ini adalah adat sapaan di kalangan rakyat Korea.
Mereka
membalas tetapi masih tertanya sesama sendiri. Berbisik-bisik sehingga
menjadikan Venus jadi tidak selesa. Sepanjang perjalanan Venus cuba berlagak
biasa dengan menyembunyikan perasaan pelik di dalam hati. Duganya, pasti ia
berkaitan dengan Shinhwa.
Tingkat
18. Venus melangkah keluar dari perut lif dan menuju ke apartment Shinhwa. Begitu juga dengan kumpulan gadis tersebut tetapi
mereka beralih ke pintu yang bertentangan dengan apartment Shinhwa. Venus menarik nafas panjang. Tepat
seperti yang diduganya sebentar tadi. Mereka masih berbisik-bisik sesama
sendiri sambil mengerling ke arah Venus. Tentunya topik yang hangat diperkatakan
adalah tentang status Venus.
Loceng
ditekan beberapa kali tanpa menghiraukan pandangan gadis-gadis tersebut sambil
hati berdoa agar janganlah berlaku apa-apa kejadian yang tak diingini pada hari
ini. Dua tahun sudah berlalu mungkin mereka semakin matang. Harapan itu Venus
benamkan di dalam hati.
Pintu
dibuka dan tersembul wajah MinWoo yang comel. Mata sepet dengan senyuman
menggoda. Aduh. Parah. Duhai hati jangan mudah tergoda. Venus memandangnya
dengan wajah tegang semata mahu menyembunyikan rasa malu apabila melihat MinWoo
yang hanya memakai singlet nipis mendedahkan dada yang bidang.
Godaan..godaan...
“Hai
Princess. Long time no see...,” sapaan MinWoo dibiar berlalu bersama angin.
Malu masih menebal. Venus melangkah masuk sambil mata mengitari sekitar. Minwoo
mengekori dari belakang. Sebelum menutup daun pintu sempat juga MinWoo menyapa
jiran sebelah rumah dengan senyumannya.
“Eric
Oppa ada?” soalan basa-basi. ‘Tentulah Eric ada di rumah sebab dia yang kemaruk
sangat nak makan bibimbap ni. Dah besar panjang pun masih tak tahu nak masak!’
Venus mengutuk di dalam hati.Bibimbap yang mudah untuk disediakan pun tak mampu
dibuat oleh Eric. Entah apalah yang nak jadi dengan abang sulungnya itu. Terlalu
manja dan dimanjakan.
“Eric
dah keluar.” Jawapan pendek MinWoo membuat Venus berpaling dan saat itu hampir
saja bibir bersentuhan kerana Minwoo betul-betul berada seinci dekat dengan
tubuh Venus. Venus telan liur. Dapat dirasakan darah naik ke wajah. MinWoo
tersenyum nakal. Sengaja mahu mengusik gadis di depannya itu.
Venus
mengundur setapak ke belakang. Sungguh dia tidak selesa dengan keadaan
tersebut. Sejak bila pula ketua gangster ini pandai menggoda? Venus mengagak
tentunya Minwoo sudah dipengaruhi oleh ahli Shinhwa yang lain. Wajah yang
terbayang di ruang mata kala ini tentulah Eric. Venus membuat tuduhan tanpa
mencari bukti. Pernafasan dikawal. Dasar buaya tembaga. Kutuk Venus di dalam
hati.
“Ehem...ehem...”
deheman tanda teguran dari seseorang berjaya mengalihkan perhatian Venus dan
Minwoo. Junjin berdiri berpeluk tubuh memerhati Venus dengan MinWoo.
“Ohoh...look
who’s here? Shinhwa’s only love.” Junjin, si raja usik tersenyum lebar. Venus
menjeling tajam. Malas nak layan. Semakin dilayan semakin menjadi nanti.
“V
nak baliklah...” rajuk Venus.
“Eh,
mana boleh balik. Kan baru sampai. Lepaklah dulu dengan MinWoo Oppa dan Junjin
Oppa. Dah lama tak jumpa V. Makin cantiklah. Dah ada boyfriend?” Junjin
mengenyitkan mata. Diakui sedikit sebanyak Venus mewarisi kecantikan yang lahir
dalam keluarga mereka. Namun, gadis itu sering menyangkalnya dengan merendah
diri. Venus menarik nafas panjang. Sesungguhnya dia malas nak melayan Junjin
Oppa kerana Venus tahu Junjin memang seorang yang loyar buruk.
“Yalah.
V sejak masuk univ dah makin sombong,” giliran MinWoo oppa mengusik. Venus
gigit hujung bibir.‘Hish, inilah yang aku tak suka.’Langkah kakinya berhenti di
depan pintu utama bila kedua lelaki ini menghalang.
“Alah
V...sekali sekala lepak. Rindulah dengan V...” suara manja MinWoo menusuk
gegendang telinga. Pandangan matanya penuh mengharap. Junjin mengambil kot yang
ada di tangan Venus lalu memusing tubuh dan mendorong Venus untuk berjalan ke
satu bilik. Venus menurut dalam keterpaksaan.
“Kami
nak tunjuk sesuatu.” Junjin tersenyum nakal ke arah MinWoo yang mengikut jejak
mereka.
“Oppa
nak tunjuk yang ini. Tada...,” MinWoo menunjukkan satu poster yang agak besar
menghiasi dinding. Tulisan Shinhwa menjadi tajuk atas dengan keenam mereka
sebagai model. Wajah ceria Shinhwa menggamit perasaan cemburu. Kelihatan jelas
persahabatan kukuh terjalin antara mereka. Tulisan di bawah turut menarik
perhatian. Perfect Man...huh, perfect konon. Piiraaahhh...
“Cantik
tak?? Cantik tak??” Junjin yang tidak sabar mahu mendengar komen dari Venus.
“Hm...bolehlah...”
“Bolehlah??”
Junjin nyata tidak berpaus hati dengan komen separuh hati Venus.
“Hish,
dahlah. V nak balik!”
“Eh,
tak boleh balik. Takkan V tak nak jumpa Oppa yang lain??
HyeSung...Andy...DongWan...??” apabila menyebut nama DongWan oppa Venus melihat
Junjin memberi isyarat nakal kepada MinWoo. Hati bergetaran. Takkanlah...
“Tak
nak. Nak balik!” Venus berkeras dan kedua oppa takkan dapat menghalangnya.
Namun baru saja dia hendak membuka pintu
ada seseorang membuka dari luar. Eric, HyeSung, dan Andy melangkah
masuk.
“Dongsaeng!”
Venus mencebik sebelum memeluk Eric yang sudah mendepangkan tangan. Sebaik
melepaskan pelukan dia lihat setiap Shinhwa mendepangkan tangan masing-masing
menanti Venus untuk memeluk mereka. Venus jelirkan lidah sebagai balasan.
to be continued...