Venus
menekan loceng beberapa kali untuk menunjukkan kemarahannya terhadap Eric kerana
mengambil kesempatan di atas percutiannya kali ini. Setiap hari ada saja yang
diminta kepada ibu. Nak makan itulah inilah. Lagak macam wanita mengandung.
Benci! Venus memandang ke langit.
‘
Aku benci insan yang bernama Eric!’
Pintu
dibuka oleh seseorang dan tanpa memandang si pembuka Venus terus melangkah
masuk. Bibirnya memuncung ke depan. Eric oppa dan HyeSung oppa berada di ruang
tamu sedang bermain play station. Gamat ruang tamu dengan suara mereka. Pesanan
ibu dihulurkan kepada Eric.
“Nah,
kimche yang oppa nak sangat tuuu...”
“Duduklah
dulu. Oppa nak main kejap lagi.” Eric memberi arahan tanpa berpaling.
Perhatiannya tetap pada permainan video.
“Orang
nak keluar dengan kawan ni,” rungut Venus dengan suara manja. Hyesung
mengangkat kening. Jarang sekali dia mendengar Venus bersuara manja di depan
Eric.
“Boyfriend?”
satu suara yang tidak asing bertanya. Insan itu sedang berdiri di sebelah Venus
dengan senyumannya yang melebar. Venus tergamam sedetik. Liur ditelan. Terasa
ada sesuatu melekat di kerongkong.
‘Alamak, bila masa pula mamat ni ada?
Aduhai, mengapalah oppa senyum macam tu? Tak tahukah dia senyumannya tu mampu
membuat salji mencair di Kutub Utara?’
Dongwan
mengambil gitar yang ada di atas sofa sebelum duduk melabuh punggung. Dia tidak
perasan anak mata yang sedang memerhatikan tingkahnya ketika ini. Dia juga
langsung tidak menyedari ada hati yang berdebaran melihat dirinya kala ini.
“V
dah ada boyfriend ek?” HyeSung bertanya tanpa memandang. Venus kaget seketika. Tersentak
dengan pertanyaan Hyesung.
“Hah?
Eh, tak adalah. Keluar dengan kawan perempuan,” Venus menjawab laju. Tak mahu
mereka berfikir yang bukan-bukan.
“Tak
nak mengakulah tu. Yeah..V dah ada boyfriend!” laung DongWan seakan ingin
memberitahu seluruh dunia. Anak mata Venus yang tajam merenung tepat ke arahnya
yang menghenyak punggung di atas sofa yang empuk. Senyum...senyuman yang sedang
dipamer oleh DongWan seolah sedang mengejeknya.
“Bila
nak kenalkan pada oppa?” usik Eric pula. Venus membahang.
“Orang
dah kata tak ada...TAK ADALAH!” soalan Eric membuatkan Venus naik bengang.
MinWoo, Junjin dan Andy yang berada di dalam bilik segera keluar apabila
mendengar suara jeritan yang ingin menggegar dunia. Shinhwa tergamam. Air mata
hampir saja tumpah saat itu. Venus marah dan sakit hati.
“Er...V...”
DongWan ingin menyatakan maafnya tetapi ketika itu handphone Venus di dalam
handbag berbunyi.
“HELLO?!”
si pemanggil turut menerima penangan kemarahan. Tapi, suara di hujung talian berjaya
melembutkan hati yang sedang marah.
Shinhwa yang pada mulanya terkejut
mendengar suara jeritan Venus sebentar tadi menjadi lebih terkejut apabila
mendengar perubahan suara yang mendadak. Tanpa mempedulikan Shinhwa yang sedang
saling berpandangan Venus masuk ke dalam bilik Eric dan menyambung perbualan
dengan pintu yang tertutup.
Eric
bangun dari duduknya dan bergerak ke arah pintu. Telinga ditekapkan. Aksinya
itu mula-mula mendapat perhatian saja tetapi seketika kemudian kesemua mereka
sudah berada di depan pintu bilik memasang telinga mahu mendengar perbualan
Venus.
Selesai
berbual Venus membuka daun pintu dan serentak itu Eric terjatuh betul-betul di
depan Venus yang sedang berdiri diikuti oleh HyeSung dan Junjin. MinWoo dan
Andy berdiri sambil tersengih di depan pintu. Venus membeliakkan anak mata.
Mereka hanya tersengih. DongWan? Dia berdiri agak meminggir dengan senyuman
yang sukar untuk ditafsirkan.
Venus
memandang dengan wajah masam mencuka.
bersambung...