Saturday, May 12, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 17

Semasa bermuhasabah diri itulah satu email masuk. Dari siapa? Cuba teka…dan aku aku membaca dengan tenang.

Assalamualaikum wbt…
Terlebih dahulu saya nak minta maaf. Maaf sebab menipu awak selama ini. Tapi bukan salah saya pun awak yang rabun tak kenal orang.

Aku mencebik. Dah minta maaf sempat lagi nak kutuk aku.

Ingat tak kali pertama kita jumpa dalam bas dulu? Saya dah kenal awak tapi pelik sebab bila saya senyum muka awak nampak hairan pandang saya. Kemudian barulah saya tahu awak rabun. Dan bila awak serang saya dulu saya tahu awak garang orangnya. Garang-garang pun awak tetap Nampak cantik di mata saya.

Dapat aku rasakan pipi merona merah menahan malu. Hish, kalau dia tahu malu beb…

Mesti pipi dah merah, kan? Kenapa saya nak rahsiakan identiti saya? Sebenarnya saya tak mahu awak jauhkan diri. Lagi pula saya tunggu awak bagi greenlight baru saya beritahu. Surprise tak?

Aku mencebik. Tak surprise pun…

Tapi tak sangka saya pula yang terkejut bila tengok awak marah. Dahsyat juga ek? Tak mahulah saya buat awak marah lagi. Oleh sebab itu sudilah kiranya Cik Hanis Damia maafkan saya. Sedangkan nabi ampunkan umat inikan pula kita insan biasa.

p/s awak gelar saya si Rambut Tercacak pun saya dah maafkan tau…

Aku telan liur. Ini mesti Cidot dan KC bocorkan rahsia. Aku senyum sendiri. Usai membaca aku hantar balasan.

Apologize accepted…;)

Tekan butang hantar dan senyum semakin lebar. Tapi macam mana dia boleh kenal aku? Hm…nantilah aku tanya…hehehe. Senyum lagi.


~ok..da tamat...mcam mna?? best x?? nak lagik ker?? hurm..insyaAllah..jika Allah SWT mengurniakan ilham..akan ada cerpen ke2 d cni ya...hehe~

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)