Monday, December 23, 2013

kedua mereka

kedua mereka antara insan yang penting dlm hidup miss dila..antara mereka yg mewrnai hdup miss dila krna mereka adalah sbhgian drp diri miss dila...kduanya miss dila syngi dan cintai namun jlan yg dpilih oleh kduanya nyta berbeza..

dia lahir kemudian dr miss dila...berbeza setahun mnjadikan miss dila dan dia rapat sejak kecil..mcm kmbar..p skola sma2..blik skola sma2..apa2 dkgsi bersama krna miss dila ini saudara perempuan yg mnjadi tanggungjawabnya..

miss dila fikir miss dila knl dia..sehinggalah suatu saat perkara e2 terbongkar..ya..Allah sja yg tahu apa yg tersirat di hati ini...kecewa..sedih..marah..semua mnjdi satu perasaan di dlm hati..dan malm e2 miss dila menangis semahunya...apa guna kejayaan yg dicapai oleh diri jika org yg kita syngi hidup dlm keadaan yg kita benci??

sehingga sekarang...mimpi ngeri e2 trus mghantui..mski miss dila berusaha utk melupakan nmun ia mmburu seakan luka tikaman yg xmhu hilang...

kemudian cerita dia..si kecil yg semakin mmbesar...byk yg miss dila xtahu ttg dirinya smnjak dia melangkah ke bangku skola..celotehnya membuat ramai yg berfikir dia seorang yg mudah nmun miss dila tahu dia tdk begitu..hatinya sensitif sma spt kakaknya yg ini...

kejayaan yg dmilikinya sekarang kdg mmbuat hati jadik cemburu..haha..lazimlah manusia cmburu pd kejyaan manusia lain...sengetla miss dila ni kan..

tp..bndingan keduanya menyakitkan hati miss dila...kedua yg berbeza..kedua yg mnjdi tanggungjwb miss dila..

to both of u..if 1 day u come to this page..i really want u to know that i love both of u very much...pls..pls...jgn siakan hidup kmu krna ia menyakitkan kakak mu ini...


Monday, December 9, 2013

2 dunia berbeza

ngintai ke kaki langit..hurm..mendung...tnda2 nk hujan tp xsmstinya hujan...

okeh..hri ni d tpt keja miss dila dpt pelawat..aiseh..rakan gosip kat univ dlu..hahaha..bkn gosip murah..ni yg high class ckit...xda la..miss dila n dia byk brkgsi mklumat..dr plbgai sudut pengetahuan..pndidikan, moral, agama, politik n so on...alahaiii...setiap kita msti ada frenz kamceng mcm ni kn..tipula klu xda..

bla da duduk sembang2 tu bru miss dila sedar...pergh..byk bnda yg xdktahui...terasa spt incik katak yg duduk termenung bwh tempurung kaca...ceh, metafora yg xbole blah..hahaha

mula2 sembang tetanya khabar...biasala adt jumpa kwn yg da lma xjmpa...
'apa khabar?'
'da keja?? kat mna??'
'bla nk khwin??'

soalan remeh temeh yg agk pntg jugak utk dketengahkan sbg tmbhan ramuan perbualan...lps tu mula la melalut sana-sini...tya psl kgkwn yg lain..cis, ramai yg dah khwin...miss dila jugak yg tertinggal kat blkang..then, psl politik..isu berbangkit...psl kerjaya msing2...wah, byk betul nk dkgsi bersama...

dah puas ungkit2...bermuhasabah diri kejap...kerjaya masing2 melibatkan org lain.. deal ngan customer..mcm2 ragam, gaya dan personaliti yg ditemui...baik dan peramah soal biasa..angkuh dan sombong tu yg xleh tahan..biasa la adat bkerja..org tu tggi ckit mula la pndng rendah kat org lain...hurm...

bla da msuk bab kerjaya dan perangai org2 yg dtemui brula miss dila n kwn tu terima realiti...bhwasanya (ayat skema!) kehidupan blajar (mnjadi pelajar) berbeza (sgttttt berbeza) dengan kehidupan kerja (bkerja)..

bgi mereka yg tlh melalui o sedang melalui fasa perubahan ini msti tahu dan faham mksud miss dila...betulll...msa bljar komitment hya pd pljaran..bla da bkerja ni tnggungjwb pon bertambah...jika xpndai nk manage kehidupan mmg agk pyh jugak la...so, kita kena bijak merancang dan pd msa yg sma berdoa semoga Ilahi mmpermudahkan jalan kita mncari rezki yg halal...

hurm..hujan dah turun...terasa nk tidur plak..akhir kalam..jom sma2 bermuhasabah diri...

Sunday, December 8, 2013

hilangnya sastera kita

assalamualaikum...
hurm...lma kan xmnjenguk blog..jgn tertipu ngan post yg ada..tu sume miss dila da schedulekan..hahaha...xda kejo cmni la gayanya..hehehe

hokeh..meh kita ke tajuk perbincangan..miss dila sbnrnya sakit hati + keciwa ngan bbrepa lagu baru..hm..yg kerap didendangkan dlm radio..rsanya xperlula miss dila catitkan tajuk lagu..kang xmemasal miss dila kena flying kick plak...iyo la artis2 skang..mna nk terima kritikan...asl seni ajer bole jln..asl seni ajer xley saman...asl seni ajer kne buka minda...e2 seni ker nmanya o kita sekadar mengikut cara barat sna??

nilai sastera jatuh merundum bak mata wang di bursa saham...hurm..sbg pncinta sastera smstinya miss dila kecewa sesangat..mndengar jer lrik lagu miss dila dah rsa nk termuntah..bkn nk kta miss dila ni pndai bab2 sastera o lirik2 lagu..but..xbole ker buat ayt yg sedap ckit????

ni ayt mcm xkena ajer...mcm mkn biskut keras jer...

yer..miss dila tau..e2 la seni..seni apa ke bendanya mcm tu..

pls la..stopla mncipta lagu tnpa nilaian sastera...e2 psl la rmai bdk Malay gagal BM dalam SPM...

mungkin rmai yg xperasan kot..iyola..lagu tu pun mmg fofular la skang ni...rappers dia pon ikot populer gituuu..jdik klu miss dila statekn tjuk lagu..msti korg akn chop miss dila ketinggalan zaman kn...

apa2 pon jgnlah kita mnjadi si perosak bagi sebuah keindahan yg sdah ternyata di depan mata...

Monday, November 4, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 3


Runsing dia memikirkan tentang permintaan Imam Rahman tadi. Duduk dan berdirinya menjadi serba tidak kena. Mak Munah sempat melirik kelakuan anak bujangnya. Pandangan Kamal ke arah skrin tv tetapi Mak Munah tahu fikiran Kamal tidak di situ. Ada sesuatu yang meresahkan Kamal.

“Kamu ada masalahkah, Mal?” tanya Mak Munah. Kamal yang ditegur secara tiba-tiba tersentak. Bahunya tersentak sedikit. Dikalih pandangan ke arah ibunya sebelum menggeleng laju.

“Tak ada, mak. Mal okay...”

“Kalau tak ada masalah, mengapa dari tadi mak tengok Mal termenung aje? Kalau ada masalah cerita pada mak. Mana tahu mak boleh tolong,” ujar Mak Munah dengan serius.

“Tak ada, mak. Betul...tak ada. Er...Mal masuk bilik dululah mak ya,” balas Kamal sambil tersenyum. Lantas tanpa menunggu respons lanjut daripada Mak Munah dia terus berlalu naik ke bilik di tingkat atas.

Pintu bilik dikunci. Tubuhnya yang masih bersarung baju melayu dihempas ke katil. Sejenak diimbas kembali peristiwa semasa di masjid tadi.

“Pak cik yakin pada kamu, Kamal.”

“Yakin saja tak cukup pak cik. Ini soal masa depan anak pak cik. Pak cik tak risaukah? Saya ni mana layak untuk anak pak cik. Macam bumi dengan langit.” Kamal beria-ia menolak dengan hujah-hujahnya. 

Kamal sedar siapa dirinya dan apa latar belakangnya. Mana mungkin pemuda seperti dia digandingkan dengan anak Imam Rahman, Hazlia. Gadis itu secantik bidadari sedangkan dia...Kamal telan liur.

Imam Rahman menepuk belakang Kamal dengan lembut. Bagai sudah dijangka pasti itu yang terkeluar dari mulut pemuda yang sentiasa merendah diri ini. Adab dan perilaku Kamal berjaya menambat hati tuanya. Walau Kamal tidak cemerlang dalam pendidikan namun dia cemerlang dalam mengamalkan ilmunya. 

Lihat saja berapa ramai umat Islam di luar sana yang tahu tentang kewajipan solat tetapi tetap saja mahu meninggalkan solat dan meringan-ringankannya. Padahal solat itu tiang agama. Jika tidak ditegakkan rosaklah iman yang senipis bawang itu.

“Itu bukan ukuran kebahagiaan. Datanglah ke rumah dengan mak kamu...kita bincang-bincang...hm?” Maksud Imam Rahman adalah agar Kamal datang membawa rombongan merisik Hazlia. Kamal diam. Termenung sejenak memikirkan tawaran Imam Rahman.

“Bagaimana dengan Hazlia? Mesti dia tak setuju,” duga Kamal. Dia yakin gadis secantik Hazlia pasti sudah mempunyai pilihan sendiri. Pemuda yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengannya. Imam Rahman yang masih kelihatan tenang melebarkan senyuman.

“InsyaAllah...kamu datang saja ke rumah!” pendek arahan Imam Rahman tetapi mampu menggetarkan jiwa Kamal.

Kamal membetulkan baringnya. Akalnya mula merancang esuatu. Pagi esok akan dinyatakan perkara tersebut kepada ibunya. Segala keputusan akan diambil setelah bermusyawarah dengan ahli keluarganya. Kamal tersenyum. Kelopak mata dipejamkan dan dia mulai hanyut ke alam mimpi.

Wednesday, October 9, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 2


Angin petang bertiup lembut memukul tubuh tua yang bersantaian di beranda rumah separuh kayu. Hajah Aminah mengintai ke luar sebelum menatang dulang berisi seteko kopi dan dua cawan kosong serta sepiring kuih goreng pisang ke sana. Kopi dihidangkan di atas meja di depan suaminya yang sedang leka membaca surat khabar.

Imam Rahman menjeling sekilas sebelum melipat akhbar dan diletakkan di atas meja yang sama. Suara keriangan kanak-kanak yang bermain di bawah rumah mematikan kesunyian petang itu.

“Hm...kenapa saya tengok muka awak semacam saja? Ada masalah?” soalnya sebelum menghirup air kopi.
Hajah Aminah tidak lekas menjawab. Keluhan nafas perlahan dihembus. Seolah melepaskan segumpal bebanan yang menyesakkan dada. Seraut wajah manis anak tunggal mereka, Hazlia, menari-nari di tubir mata.

“Saya bimbanglah, Bang Aji,” getusnya. Imam Rahman mengangkat kening.

“Bimbang pasal apa?”

“Pasal Hazlia.”

“Hm...kenapa dengan dia? Tak sihat? Pagi tadi saya tengok elok saja.”

“Saya bimbanglah...risau pasal anak kita tu. Umurnya sudah masuk 25 tahun tapi tak kahwin lagi. Nanti orang kampung cakap anak kita tak laku!” beritahu Hajah Aminah. Fikirannya terganggu dengan masalah tersebut.

“Awak ni bimbang...risau pasal anak kita yang tak kahwin lagi atau pasal cakap-cakap orang?”

“Eh, mestilah pasal anak kita. Abang Aji tak risaukah?”

“Risau juga tapi nak buat macam mana...dah tuan badan tak hendak. Takkan kita nak memaksa pula kan...”
Hajah Aminah menjeling. Betul juga kata suaminya. 

Hajah Aminah mendengus perlahan. Pening dengan karenah anak tunggalnya. Benarlah kata pepatah, menjaga lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga anak dara nan seorang. Bukan tidak ada pinangan dan risikan datang menjengah untuk Hazlia. Ada...tetapi semua ditolak Hazlia dengan pelbagai alasan. Bukan jodohlah, tidak sekufulah, orang jauhlah dan macam-macam alasan lagi. Mereka yang datang itu bukan orang-orang biasa. Berpangkat tinggi dan berilmu. Bila diberitahu tentang latar belakang si lelaki dengan selamba Hazlia akan berkata,

“Itu bukan nak merisik tapi nak menunjuk-nunjuk hartanya.” Atau pun,

“Berilmu jika tidak dimanfaatkan ilmunya sama juga dengan orang yang tidak berilmu.”

Gadis manis lulusan Mesir itu bijak menangkis hujah. Memperdebat isu yang dibangkitkan. Akhirnya kedua orang tuanya akur. Hazlia mempunyai pilihan yang lain. Pemuda yang bagaimana rahsia masih disimpan kemas oleh Hazlia.

“Saya berkenanlah pada anak bujang Hajah Rosnah tu. Baik budi pekertinya. Kerja pun boleh tahan, gaji besar...dari universiti juga. Padan dengan anak kita,” ujar Hajah Aminah setelah diam seketika. Senyuman lebar terukir di bibir. Angannya hendak berbesan dengan keluarga terhormat agar dipandang tinggi oleh masyarakat setempat.

“Duit bukan segalanya walaupun segalanya perlukan duit. Bukan dibawa ke kubur harta tu semua. Ilmu kalau tidak diamalkan pun serupa juga dengan tak berilmu. Jadilah ia ilmu tak bermanfaat!” tegas Imam Rahman memperbetulkan tanggapan isterinya. 

Kemudian dia menyambung lagi. “Saya tidak pernah pun nampak anak-anak lelaki Hajah Rosnah di masjid untuk sembahyang jemaah. Kenapa budi pekertinya ditunjuk depan manusia tetapi tidak di depan Allah?” soal Imam Rahman. Hajah Aminah terkedu menelan liur. Malu apabila ditegur oleh suaminya.

“Habis tu abang aji nak bermenantukan budak macam anak Maimunah tu...Kamal? Sekolah setakat SPM, kontraktor biasa...gaji rendah pula tu,” ejek Hajah Aminah dengan cebikan.

“Sekurang-kurangnya setiap kali jemaah subuh, maghrib dan isyak di masjid saya jumpa Kamal bukan bakal menantu pilihan awak. Solat lima waktu pun tak pernah nampak apalagi solat jumaat. Hm...payah.” Giliran Imam Rahman yang mengejek dan ia kena tepat ke wajah isterinya. 

Merah padam muka Hajah Aminah mendengar kata-kata suaminya. Imam Rahman betul. Harta segunung tidak dipandang oleh Allah SWT kerana Dialah yang Maha Kaya, pemilik seluruh isi langit dan bumi. Sijil bergulung-gulung juga bukan ukuran-Nya kerana Dia Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Hanya amal ibadah yang ikhlas dituntut. Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan mati hanya kerana Allah Taala. Hajah Aminah insaf.

Saturday, September 21, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 1


Kamal berusaha menghidupkan enjin motorsikal kapcainya. Berkali dicuba namun gagal. Peluh dingin sudah memercik di dahi dan belakang tubuhnya. Lencun baju kerja yang dipakai. Sekejap-sekejap dilirik sekilas jam yang tersarung di pergelangan tangan. 

Lima bela minit lagi jika enjin motorsikal tidak mahu hidup dia pasti terlambat sampai ke tempat kerja. Kamal mengeluh perlahan. Putus asa setelah berusaha selama hampir setengah jam di situ.

 “Sudahlah tu, Mal. Motor buruk kamu tu dah tak mahu hidup!” laung Mak Munah, ibu Kamal, dari dalam rumah teres dua tingkat yang didiami mereka. 

Tidak lama kemudian kalibatnya muncul di depan pintu bersama gelengan melihat kelakuan anak bujangnya. Dari tadi didengar Kamal mencuba untuk menghidupkan motor kapcai itu. Mak Munah pula yang geram dibuatnya.

Kamal terduduk di tepi motorsikalnya sambil mendengus. Bukan marah dengan kata-kata ibunya tetapi geram dan sakit hati kerana usahanya menemui kegagalan. Terpaksalah dia keluar berjalan kaki ke simpang jalan untuk mendapatkan bas mini.

“Mal pergi dululah, mak. Dah lambat ni...,” beritahu Kamal perlahan. 

Tangan ibunya disalam dan dikucup sebelum melangkah keluar. Sempat juga Kamal mengelap peluh yang memercik di wajah dengan belakang tangannya. Mak Munah hanya mengangguk. Dihantar Kamal dengan pandangan mata kosong. Simpatinya menjalar.

Sebuah kereta MyVi putih berhenti di depan Kamal sebelum sempat pemuda itu menahan mana-mana bas mini. Keningnya berkerut cuba mengingati senarai kenalannya yang mempunyai kereta jenis sama. Kepala ditundukkan mengintai di sebalik cermin yang baru diturunkan.

Imam Rahman melafaz salam sambil tersenyum lalu dijawab oleh Kamal juga dengan iringan senyuman. Dijeling sekilas si pemandu yang diam tidak terkutik. Hazlia, gadis manis bertudung labuh yang jarang melempar senyuman kepada sebarang pemuda. Kecantikan yang dimiliki sering menjadi bualan. Ditambah lagi gadis itu lulusan Mesir. Kata orang sudahlah cantik pandai pula. Kamal telan liur. Si bidadari yang menjadi idaman.

“Kamal, marilah naik. Kamu nak ke tempat kerja, kan? Kebetulan pak cik dan Lia lalu jalan yang sama,” teguran Imam Rahman mematikan lamunan Kamal. Lantas dia tersenyum. Menyembunyikan rasa malu yang bertakung. Kamal menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.

“Er...tak apalah, pak cik. Saya tunggu bas,” perlahan Kamal menolak. Sebenarnya dia malu hendak duduk di dalam kereta tersebut kerana kehadiran Hazlia.

“Naiklah...boleh kamu jimat duit tambang,” pujuk Imam Rahman lagi. Kamal jadi serba salah. Jika terus menolak bimbang Imam Rahman dan anaknya fikir bukan-bukan pula. Akhirnya Kamal mengangguk perlahan.

Di dalam perut kereta Kamal mengunci bicara. Hanya apabila Imam Rahman memulakan perbualan baru Kamal bersuara. Perasaan malunya menebal setebal salju di Kutub Utara. Ekor matanya sesekali melirik anak gadis Imam Rahman.

“Mak kamu sihat? Minggu lepas tak ada pun pak cik tengok dia ke surau,” getus Imam Rahman. Kegugupan Kamal cuba disingkirkan.

“Alhamdulillah, pak cik. Mak sihat. Minggu lepas mak ke rumah Kak Long di Taman Indah,” jawab Kamal sopan.

“Kenapa dengan kakak kamu? Sakit?”

“Eh, tak adalah. Kak Long sihat. Mak saja...nak bertukar angin katanya,” tutur Kamal. Sangkaan Imam Rahman dibetulkan. Terbayang di tubir mata wajah kakak sulungnya yang manis tersenyum sambil menggendong anak bongsunya yang baru lahir.

Kamal mencuri pandang ke arah Hazlia yang masih tetap membisu. Dadanya berdebaran. Melihat gadis itu menerbitkan semacam satu perasaan aneh di jiwanya. Kamal telan liur. Beristighfar panjang dalam hati sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sesungguhnya pandangan seperti itu boleh menimbulkan fitnah. Kamal mengucap panjang. Kesal dengan kekhilafan diri.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar SESB daerah Sandakan. Kamal mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Imam Rahman sebelum melangkah masuk ke kawasannya bekerja.

Monday, September 9, 2013

SCA 3- Tanah


Mengikut ajaran agama Islam yg wajib kita percaya sbg umat Islam, manusia dicipta drp tanah. Bukan berasal drp monyet spt yg dprkta oleh teori Darwin. Miss dila sgt menntang teori tersebut. Mengapa? Well, nmpak sgt org e2 mahukan kemahsyuran dgn mncipta teori sndri pdhal idea tersebut diputarbalikkannya drp peristiwa sbnr.

Umat Islam yg pastinya akan tahu tentang cerita bani Israel yg melanggar perintah menangkap ikan pada hari sabtu sehingga diubah menjadi beruk. Kalau nak tahu cerita penuh boleh melawat library uncle google o cri bahan bacaan sndri.

nak salahkan siapa??

Kembali pada SCA 3 kita. Tanah. Tanah mengandungi struktur sebatian yang jika diungkai kita akan temui banyak sebatian kompleks di dalamnnya. Setiap sebatian tanah adalah berbeza mengikut keadaan cuaca dan suhu persekitaran. Boleh lihat bagaimana setiap unsur saling berhubungan?

Manusia yang angkuh dan sombong (xmelampau jika dikatakan agak bodoh) ini suka sgt membuang sampah sarap mereka merata-rata. Tak perlu pergi jauh untuk mencari bukti. Lihat sja persekitaran kita. Andai tiada mereka yg bergelar tukang sapu, tentu setiap lorong, jalan dan tanah yg dipijak dipenuhi sampah yg kita buang sendiri tidak kira melalui tingkap kereta, semasa berjoging, semasa berjalan, atau dengan tanpa sengaja (alasan kuno manusia) membuangnya sampah merata-rata.

Alasan kita? Tiada alasan yang munasabah. Kebebalan (sorie pktaan agak kasar) manusia tlh mndera bumi. Jika tidak menemui tong sampah manusia dengan sewenangnya menjadikan jalan yg dilalui sbg ‘tong sampah’ mereka. Dikata bodoh nanti mereka marah. Tp, jika dikata bijak dan kreatif sudah jelas nampak bodoh mereka. Jadi, apa agknya gelaran yg patut diberikan?

Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan krn bersih adalah sebahagian drp iman. Bersih bermula dari dalam hingga ke luar. Jika hati kita bersih tentunya persekitaran kita juga turut bersih. Ini adalah krna hati yg bersih tidak mahu matanya melihat sesuatu yg kotor di depan mata. Btul o tak?

Jangan hanya tahu hndak mencantikkan diri dgn brngan kosmetik yg mahal tetapi tidk tahu hndak menjaga kebersihan. Mak selalu cakap (sbnrnya lbh kpd berleter),

“Tak guna muka cantik kalau pengotor. Tak ada orang akan dekat dengan pengotor walau make-upnya tebal!”

Tersentap seh. Tapi, itulah kebenaran dan realiti yg harus dperakui oleh semua orang. Make-up tebal seinci pun org xkn dekat kalau baunya busuk. Jdi, bersihkan hati bersihkan diri. InsyaAllah, kita melangkah ke hdapan lagi.

Sehingga jumpa lagik d SCA 4 akan dtg. Miss dila nk siapkan The Legend plak yer...;)

 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)