Monday, November 4, 2013
Runsing
dia memikirkan tentang permintaan Imam Rahman tadi. Duduk dan berdirinya
menjadi serba tidak kena. Mak Munah sempat melirik kelakuan anak bujangnya.
Pandangan Kamal ke arah skrin tv tetapi Mak Munah tahu fikiran Kamal tidak di
situ. Ada sesuatu yang meresahkan Kamal.
“Kamu
ada masalahkah, Mal?” tanya Mak Munah. Kamal yang ditegur secara tiba-tiba
tersentak. Bahunya tersentak sedikit. Dikalih pandangan ke arah ibunya sebelum
menggeleng laju.
“Tak
ada, mak. Mal okay...”
“Kalau
tak ada masalah, mengapa dari tadi mak tengok Mal termenung aje? Kalau ada
masalah cerita pada mak. Mana tahu mak boleh tolong,” ujar Mak Munah dengan
serius.
“Tak
ada, mak. Betul...tak ada. Er...Mal masuk bilik dululah mak ya,” balas Kamal
sambil tersenyum. Lantas tanpa menunggu respons lanjut daripada Mak Munah dia
terus berlalu naik ke bilik di tingkat atas.
Pintu
bilik dikunci. Tubuhnya yang masih bersarung baju melayu dihempas ke katil.
Sejenak diimbas kembali peristiwa semasa di masjid tadi.
“Pak
cik yakin pada kamu, Kamal.”
“Yakin
saja tak cukup pak cik. Ini soal masa depan anak pak cik. Pak cik tak risaukah?
Saya ni mana layak untuk anak pak cik. Macam bumi dengan langit.” Kamal
beria-ia menolak dengan hujah-hujahnya.
Kamal sedar siapa dirinya dan apa latar
belakangnya. Mana mungkin pemuda seperti dia digandingkan dengan anak Imam
Rahman, Hazlia. Gadis itu secantik bidadari sedangkan dia...Kamal telan liur.
Imam
Rahman menepuk belakang Kamal dengan lembut. Bagai sudah dijangka pasti itu
yang terkeluar dari mulut pemuda yang sentiasa merendah diri ini. Adab dan
perilaku Kamal berjaya menambat hati tuanya. Walau Kamal tidak cemerlang dalam
pendidikan namun dia cemerlang dalam mengamalkan ilmunya.
Lihat saja berapa
ramai umat Islam di luar sana yang tahu tentang kewajipan solat tetapi tetap
saja mahu meninggalkan solat dan meringan-ringankannya. Padahal solat itu tiang
agama. Jika tidak ditegakkan rosaklah iman yang senipis bawang itu.
“Itu
bukan ukuran kebahagiaan. Datanglah ke rumah dengan mak kamu...kita
bincang-bincang...hm?” Maksud Imam Rahman adalah agar Kamal datang membawa
rombongan merisik Hazlia. Kamal diam. Termenung sejenak memikirkan tawaran Imam
Rahman.
“Bagaimana
dengan Hazlia? Mesti dia tak setuju,” duga Kamal. Dia yakin gadis secantik
Hazlia pasti sudah mempunyai pilihan sendiri. Pemuda yang berdiri sama tinggi
dan duduk sama rendah dengannya. Imam Rahman yang masih kelihatan tenang
melebarkan senyuman.
“InsyaAllah...kamu
datang saja ke rumah!” pendek arahan Imam Rahman tetapi mampu menggetarkan jiwa
Kamal.
Kamal
membetulkan baringnya. Akalnya mula merancang esuatu. Pagi esok akan dinyatakan
perkara tersebut kepada ibunya. Segala keputusan akan diambil setelah
bermusyawarah dengan ahli keluarganya. Kamal tersenyum. Kelopak mata dipejamkan
dan dia mulai hanyut ke alam mimpi.
Labels: cerpen
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)