yang berlalu itu masa silam
yang pergi itu masa
yang tinggal cuma kenangan
dan rindu yang menggunung
sekian lama ingin memadam segalanya
betapa sukar
malah pengaliran airmata tiada henti
tanpa siapa tahu
tanpa siapa peduli
kadang2 dalam hati ada saja mahu diceritakan
kepada seisi dunia
betapa bahagia mengenalinya
tapi bahagia itu sekejap cuma
ibarat cerah yang dilawati sang hujan
namun tak mengapa
selepas titis hujan berakhir muncul pelangi petang menghiasi
syukur
kerana manisnya dapat dirasai
dan bila rindu bertandang lagi
jemputlah ia dengan ukiran senyuman
bukan tangisan
biarkan kenangan itu kekal
kelak ia pasti menjadi pengalaman
mengajar setiap langkah mengejar impian