Monday, October 10, 2011

Layakkah aku?

Usai solat soalan ini menerpa mengetuk dinding hati...layakkah aku?


layakkah aku untuk meminta
sedangkan apa yang diinginiNya belum dapat aku penuhi

layakkah aku untuk berjalan dengan sombong dan bongkak di bumi Nya?
walhal tiada satu pun dalam kehidupan ini mampu aku miliki
meski sehela nafas dingin ini dipinjamkan olehNya

layakkah aku untuk memberi senyuman gembira
sedangkan aku belum mampu menangis keranaNya

layakkah aku untuk menerima kasih dan cinta daripadaNya 
ketika cinta dan kasih tidak aku berikan kepada Dia?

aku tidak layak
menerima setiap pinjaman ini 
menerima kasih dan cinta ini
kerana aku hanya hambaNya yang hina
tanpa redha dariNya

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)