Saturday, September 21, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 1


Kamal berusaha menghidupkan enjin motorsikal kapcainya. Berkali dicuba namun gagal. Peluh dingin sudah memercik di dahi dan belakang tubuhnya. Lencun baju kerja yang dipakai. Sekejap-sekejap dilirik sekilas jam yang tersarung di pergelangan tangan. 

Lima bela minit lagi jika enjin motorsikal tidak mahu hidup dia pasti terlambat sampai ke tempat kerja. Kamal mengeluh perlahan. Putus asa setelah berusaha selama hampir setengah jam di situ.

 “Sudahlah tu, Mal. Motor buruk kamu tu dah tak mahu hidup!” laung Mak Munah, ibu Kamal, dari dalam rumah teres dua tingkat yang didiami mereka. 

Tidak lama kemudian kalibatnya muncul di depan pintu bersama gelengan melihat kelakuan anak bujangnya. Dari tadi didengar Kamal mencuba untuk menghidupkan motor kapcai itu. Mak Munah pula yang geram dibuatnya.

Kamal terduduk di tepi motorsikalnya sambil mendengus. Bukan marah dengan kata-kata ibunya tetapi geram dan sakit hati kerana usahanya menemui kegagalan. Terpaksalah dia keluar berjalan kaki ke simpang jalan untuk mendapatkan bas mini.

“Mal pergi dululah, mak. Dah lambat ni...,” beritahu Kamal perlahan. 

Tangan ibunya disalam dan dikucup sebelum melangkah keluar. Sempat juga Kamal mengelap peluh yang memercik di wajah dengan belakang tangannya. Mak Munah hanya mengangguk. Dihantar Kamal dengan pandangan mata kosong. Simpatinya menjalar.

Sebuah kereta MyVi putih berhenti di depan Kamal sebelum sempat pemuda itu menahan mana-mana bas mini. Keningnya berkerut cuba mengingati senarai kenalannya yang mempunyai kereta jenis sama. Kepala ditundukkan mengintai di sebalik cermin yang baru diturunkan.

Imam Rahman melafaz salam sambil tersenyum lalu dijawab oleh Kamal juga dengan iringan senyuman. Dijeling sekilas si pemandu yang diam tidak terkutik. Hazlia, gadis manis bertudung labuh yang jarang melempar senyuman kepada sebarang pemuda. Kecantikan yang dimiliki sering menjadi bualan. Ditambah lagi gadis itu lulusan Mesir. Kata orang sudahlah cantik pandai pula. Kamal telan liur. Si bidadari yang menjadi idaman.

“Kamal, marilah naik. Kamu nak ke tempat kerja, kan? Kebetulan pak cik dan Lia lalu jalan yang sama,” teguran Imam Rahman mematikan lamunan Kamal. Lantas dia tersenyum. Menyembunyikan rasa malu yang bertakung. Kamal menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.

“Er...tak apalah, pak cik. Saya tunggu bas,” perlahan Kamal menolak. Sebenarnya dia malu hendak duduk di dalam kereta tersebut kerana kehadiran Hazlia.

“Naiklah...boleh kamu jimat duit tambang,” pujuk Imam Rahman lagi. Kamal jadi serba salah. Jika terus menolak bimbang Imam Rahman dan anaknya fikir bukan-bukan pula. Akhirnya Kamal mengangguk perlahan.

Di dalam perut kereta Kamal mengunci bicara. Hanya apabila Imam Rahman memulakan perbualan baru Kamal bersuara. Perasaan malunya menebal setebal salju di Kutub Utara. Ekor matanya sesekali melirik anak gadis Imam Rahman.

“Mak kamu sihat? Minggu lepas tak ada pun pak cik tengok dia ke surau,” getus Imam Rahman. Kegugupan Kamal cuba disingkirkan.

“Alhamdulillah, pak cik. Mak sihat. Minggu lepas mak ke rumah Kak Long di Taman Indah,” jawab Kamal sopan.

“Kenapa dengan kakak kamu? Sakit?”

“Eh, tak adalah. Kak Long sihat. Mak saja...nak bertukar angin katanya,” tutur Kamal. Sangkaan Imam Rahman dibetulkan. Terbayang di tubir mata wajah kakak sulungnya yang manis tersenyum sambil menggendong anak bongsunya yang baru lahir.

Kamal mencuri pandang ke arah Hazlia yang masih tetap membisu. Dadanya berdebaran. Melihat gadis itu menerbitkan semacam satu perasaan aneh di jiwanya. Kamal telan liur. Beristighfar panjang dalam hati sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sesungguhnya pandangan seperti itu boleh menimbulkan fitnah. Kamal mengucap panjang. Kesal dengan kekhilafan diri.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar SESB daerah Sandakan. Kamal mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Imam Rahman sebelum melangkah masuk ke kawasannya bekerja.

Monday, September 9, 2013

SCA 3- Tanah


Mengikut ajaran agama Islam yg wajib kita percaya sbg umat Islam, manusia dicipta drp tanah. Bukan berasal drp monyet spt yg dprkta oleh teori Darwin. Miss dila sgt menntang teori tersebut. Mengapa? Well, nmpak sgt org e2 mahukan kemahsyuran dgn mncipta teori sndri pdhal idea tersebut diputarbalikkannya drp peristiwa sbnr.

Umat Islam yg pastinya akan tahu tentang cerita bani Israel yg melanggar perintah menangkap ikan pada hari sabtu sehingga diubah menjadi beruk. Kalau nak tahu cerita penuh boleh melawat library uncle google o cri bahan bacaan sndri.

nak salahkan siapa??

Kembali pada SCA 3 kita. Tanah. Tanah mengandungi struktur sebatian yang jika diungkai kita akan temui banyak sebatian kompleks di dalamnnya. Setiap sebatian tanah adalah berbeza mengikut keadaan cuaca dan suhu persekitaran. Boleh lihat bagaimana setiap unsur saling berhubungan?

Manusia yang angkuh dan sombong (xmelampau jika dikatakan agak bodoh) ini suka sgt membuang sampah sarap mereka merata-rata. Tak perlu pergi jauh untuk mencari bukti. Lihat sja persekitaran kita. Andai tiada mereka yg bergelar tukang sapu, tentu setiap lorong, jalan dan tanah yg dipijak dipenuhi sampah yg kita buang sendiri tidak kira melalui tingkap kereta, semasa berjoging, semasa berjalan, atau dengan tanpa sengaja (alasan kuno manusia) membuangnya sampah merata-rata.

Alasan kita? Tiada alasan yang munasabah. Kebebalan (sorie pktaan agak kasar) manusia tlh mndera bumi. Jika tidak menemui tong sampah manusia dengan sewenangnya menjadikan jalan yg dilalui sbg ‘tong sampah’ mereka. Dikata bodoh nanti mereka marah. Tp, jika dikata bijak dan kreatif sudah jelas nampak bodoh mereka. Jadi, apa agknya gelaran yg patut diberikan?

Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan krn bersih adalah sebahagian drp iman. Bersih bermula dari dalam hingga ke luar. Jika hati kita bersih tentunya persekitaran kita juga turut bersih. Ini adalah krna hati yg bersih tidak mahu matanya melihat sesuatu yg kotor di depan mata. Btul o tak?

Jangan hanya tahu hndak mencantikkan diri dgn brngan kosmetik yg mahal tetapi tidk tahu hndak menjaga kebersihan. Mak selalu cakap (sbnrnya lbh kpd berleter),

“Tak guna muka cantik kalau pengotor. Tak ada orang akan dekat dengan pengotor walau make-upnya tebal!”

Tersentap seh. Tapi, itulah kebenaran dan realiti yg harus dperakui oleh semua orang. Make-up tebal seinci pun org xkn dekat kalau baunya busuk. Jdi, bersihkan hati bersihkan diri. InsyaAllah, kita melangkah ke hdapan lagi.

Sehingga jumpa lagik d SCA 4 akan dtg. Miss dila nk siapkan The Legend plak yer...;)

Tuesday, August 27, 2013

SHINHWA The Legend

assalamualaikum..hello semua...so, how's life?? better than yesterday? harap2 mcm tu la yer...smga kita mnjdik insan yg lbh baik dr smlm yer...

hm..demam k-wave. miss dila sblm ni ada post psl SHinhwa kan...ada crik profile mereka? anda2 akan tertarik dgn kebongokan mereka...berbeza dgn artis k-pop yg lain yg hnya tahu nk menunjukkan muka innocent mereka..Shinhwa plak lbh suka tnjukkan diri mreka yg sebenarnya.

al-hasil drp 'keminatan' miss dila n best buddy thdap Shinhwa...so, miss dila buat cerpen pendek..ntah apa nmanya nk pggil ntah...

idea- miss dila + miss T
tulisan & taipan - miss dila
konsep cerita - miss dila

nak tahu apa ceritanya? tunggu tau....


Sunday, August 25, 2013

SCA 2- Air


Air adalah sumber kehidupan yg sgt penting semnjak dr dulu lagi. Air dperlukan utk aktiviti harian manusia spt mndi, masak, mencuci dan sbgnya. Pernah tak kita fikir hidup tnpa air utk sehari sja? Haha...ya, miss dila tahu. Ada antara kita yg melalui perkara kekurangan air. So, apa rsanya? Mesti menderitakan? Miss dila tgk dlm berita rmai yg mrh apbla kekurangan air bersih.

Sungguh pun begitu, kenapa...ya, kenapa manusia masih sanggup merosakkan sumber yg sgt penting ini? SCA 2 kli ni kita akn rungkaikan ttg pncemaran air yg smkin berleluasa skrg ini.

takkan kita nk biarkan keadaan trus jdik mcm ni?

Pembuangan sisa toksid, minyak, smpah sarap dan sbgnya ke dlm sungai dan laut yg mnjadi sumber air bersih kita? Bukan air d drt sja yg tercemar, air d udara pun manusia tlh cemari. Air hujan merupakan air yg paling bersih jika dbndgkan dgn air yg lain. Tp, dsebabkan mnusia ni terlalu sukakan kemodenan teknologi maka mereka sggup mengorbankan air hujan. Isk2!

Umum mengetahui bagaimana proses pembentukan hujan kan. Tak tahu? Hokehla, meh kita blaja bab biologi lagik. Ah, sains...sukarnya nak dipisahkan dgn mnusia. Sains membantu kehidupan dan turut sma merosakkan. Itulah sains!

Air di permukaan akan tersejat menjadi wap air pd hari panas dan naik ke udara. Wap air ini akan berkumpul lalu mebentuk awan putih. Awan putih yg ditiup angin akn bergabung dan menjadi kepulan awan hitam yg biasanya kita panggil sbg awn hujan. Hujan asid terbentuk hasil drp gabungan di antara wap air dengan udara yang tercemar. So, kita boleh lihat bagaimana udara yg tercemar boleh membentuk air yang tercemar.

Sudahlah air tercemar, sumber air bersih pun kurang...manusia pula buat pembaziran air. Hebat tak hebat manusia ini. Sudah terhantuk baru terngadah. Dah berdarah masih tak sedar-sedar juga. Itu pun masih tak nak mengaku salah. Dasar manusia angkuh dan sombong.

Atas alasan apa kita hendak merosakkan bumi? Atas hak apa kita sbg khalifah mahu mencemarkan bumi yang dipinjamkan? Mungkin semalam kita tidak mahu berfikir tentang perbuatan yg telah dilakukan semlm tetapi hari ini..saat ini...cubalah utk memikrkan kmbali apa yg tlh kita lakukan smlm agr kita dpt mengubahnya mnjadi sesuatu yg lbh baik utk hari esk.

Hingga itu sja SCA 2 kita. Miss dila akn kmbali utk mlgkapi Segmen Cintai Alam. Jgn lpa menantikan konklusinya okey..;)

Thursday, August 22, 2013

Kurangkan hiburan


Benarlah, kita dpt digmbarkan hanya dengan melihat rakan-rakan pergaulan kita. Dia terlalu banyak berhibur sehingga pernah suatu saat miss dila bertanya pada diri sendiri...apakah dia tak pernah bosan dengan cara hidup sedemikian?

Saban hari, malah jika boleh setiap masa dia duduk mengadap skrin komputer dan melihat hiburan yang kadang kala...diulangi...kadang kala... miss dila rsa agak keterlaluan.

Ada masa miss dila mungkin sprti dia. E2 miss dila harus akui krn miss dila bknlah insan perfect. Melihat, menonton, mendengar dan berhibur dengan hiburan dr korea selatan dan jepun. Tp, tak adalah yg melampau sgt. Ada ketika miss dila jugak bosan dan ada masa  terfikir miss dila tak patut melihat hiburan yang melalaikan ini. Tp dia...ah, mcm mna hendak berhenti jika sudah terjebak?

Mengeluh, e2 sja yg boleh dilakukan ketika ini. Bukan miss dila sja yg rsa mcm tu..ahli kluarga dia pon sma. So, bkn miss dila yg jhtla..ceh!

Kdg kala terdetik jugak hati hndak menegur. Berhentilah hidup d dunia angan2 mski pon angan2 xkena byr. Pls, stand in reality. Susah sgtkah? Klu dah khwin ntah mcm mna agknya. Xknlah nk tggalkan semua tggungjwb smata nk memenuhi keinginan hati sndri? Berdoalah, semoga dpt suami yg memahami.

akhir sekali miss dila nk letakkan pic org ensem ni sbg penawar..aiseh!



Sunday, August 18, 2013

SCA 1- Udara


Hello semua...masih igt lagik post miss dila sblm ini? SCA or dlm bhsa pnjgnya Segmen Cintai Alam. Miss dila akn mulakan SCA 1 dengan Udara.

Pernahkah kita mengambil msa seminit utk fikir brpa banyak udara yg kita sedut setiap hari? Klu mls sgt nk mengira..hm, udara yg kita sedut dlm msa seminit? Apa pula kndungan udara yg kita sedut ini selain dripada oksigen dan karbon dioksida yg diguna utk bdn?

Biar miss dila teka...mesti xpernah kan? Miss dila? Hahaha..mestilah xpernah (alamak, malunyer...keh2) Hm, nampaknya kita semua manusia yg tamak. Hanya tahu menggunakan tetapi tidak tahu untuk menghargai.
Mari kita lakukan sedikit ujikaji biologi. Udara yg kita sedut mengandungi oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan sedikit wap air. Hm...rasanya ada penambhan. Mana kita letak karbon monoksida yg knderaan kita lepaskan berjuta-juta setiap hari? Xterjangka? Atau tak mahu tahu kebenarannya kerana dlm hidup yg sudah moden ni mnusia memerlukan knderaan utk bgrak, kn?

Faktor2 pencemaran udara...sesiapa boleh beritahu? Pelpasan gas karbon monoksida dr ekzos kenderaan, pembakaran scr terbuka yg melibatkan plastik dan bhn bkr pncemar, asap rokok yg mengandungi nikotin. Semua adalah penyumbang kepada masalah jerebu dan penyebab bacaan IPU tahap kronik.

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimiajirim zarahan atau bahan biologiyang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gaskarbon dioksidasulfur dioksidakloroflorokarbonbau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor olehindustri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozonjerebuhujan asid danpemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. (sumber: wikipedia BM)

siapa yg patut dipersalahkan??


Hasil yg diperolehi bg setiap ‘tuaian’ manusia. Masalah penyakit sperti batuk berpanjangan, kanser paru-paru dan penyakit kulit tidak mungkin dapat diatasi andai manusia terus membuat kerosakan seperti ini.

“Alah, ubat kan ada. Makan ubat ajelah.”

“Perubatan semakin maju. Doktor pakar pula ramai.”

Ya..ya..semua anggapan itu betul. Tapi, sampai bila? Ubat yang ditelan pasti akan ada kesan mudaratnya. Doktor juga manusia biasa yang bergantung kepada teknologi yang manusia lain cipta. Jadi, mengapa terus nak bergantung kepada perkara yang sudah diketahui di mana pengakhirannya? Mengelakkan lebih baik daripada mengubati. Elakkan pencemaran dengan tidak melakukan perkara yg mnjadi faktor kpd pncemaran itu sendiri.

Alah, semakin pjg plak rentetan untuk SCA 1. Perlahan-lahan...kalau boleh miss dila mahu jika ada sesiapa yg terbca post ni hatinya akn terbuka sedikit dan mulai mghrgai udara yg dsedutnya setiap hari.

Miss dila akn smbg lagik SCA kita tetapi utk sumber yg lain pula. Di akhir SCA nanti miss dila akn membuat konklusi dan sma-sma kita fkirkan bgaimana utk mnyelamatkan dunia yg semakin tercemar. Akhir kalam, sampi jumpa lagik. 

Thursday, August 15, 2013

Rindu bertamu

Msa dan jarak memisahkan kita

Entah berapa lama
Sukarnya hndak mendengar suara meski sedetik cuma
Apalagi bersua wajah
Maaf, persahabatan ini tlh disalahertikan oleh hati
Susah memujuk jiwa bila sudah merindu
Tp percayalah,
Ia akan pergi dan hilang bersama derunya angin
Biar hati dan jiwa ini yg mengetahui
Ada rindu yg bertamu
Untuk mu

 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)