Saturday, September 21, 2013

Duhai Bidadari ~ Part 1


Kamal berusaha menghidupkan enjin motorsikal kapcainya. Berkali dicuba namun gagal. Peluh dingin sudah memercik di dahi dan belakang tubuhnya. Lencun baju kerja yang dipakai. Sekejap-sekejap dilirik sekilas jam yang tersarung di pergelangan tangan. 

Lima bela minit lagi jika enjin motorsikal tidak mahu hidup dia pasti terlambat sampai ke tempat kerja. Kamal mengeluh perlahan. Putus asa setelah berusaha selama hampir setengah jam di situ.

 “Sudahlah tu, Mal. Motor buruk kamu tu dah tak mahu hidup!” laung Mak Munah, ibu Kamal, dari dalam rumah teres dua tingkat yang didiami mereka. 

Tidak lama kemudian kalibatnya muncul di depan pintu bersama gelengan melihat kelakuan anak bujangnya. Dari tadi didengar Kamal mencuba untuk menghidupkan motor kapcai itu. Mak Munah pula yang geram dibuatnya.

Kamal terduduk di tepi motorsikalnya sambil mendengus. Bukan marah dengan kata-kata ibunya tetapi geram dan sakit hati kerana usahanya menemui kegagalan. Terpaksalah dia keluar berjalan kaki ke simpang jalan untuk mendapatkan bas mini.

“Mal pergi dululah, mak. Dah lambat ni...,” beritahu Kamal perlahan. 

Tangan ibunya disalam dan dikucup sebelum melangkah keluar. Sempat juga Kamal mengelap peluh yang memercik di wajah dengan belakang tangannya. Mak Munah hanya mengangguk. Dihantar Kamal dengan pandangan mata kosong. Simpatinya menjalar.

Sebuah kereta MyVi putih berhenti di depan Kamal sebelum sempat pemuda itu menahan mana-mana bas mini. Keningnya berkerut cuba mengingati senarai kenalannya yang mempunyai kereta jenis sama. Kepala ditundukkan mengintai di sebalik cermin yang baru diturunkan.

Imam Rahman melafaz salam sambil tersenyum lalu dijawab oleh Kamal juga dengan iringan senyuman. Dijeling sekilas si pemandu yang diam tidak terkutik. Hazlia, gadis manis bertudung labuh yang jarang melempar senyuman kepada sebarang pemuda. Kecantikan yang dimiliki sering menjadi bualan. Ditambah lagi gadis itu lulusan Mesir. Kata orang sudahlah cantik pandai pula. Kamal telan liur. Si bidadari yang menjadi idaman.

“Kamal, marilah naik. Kamu nak ke tempat kerja, kan? Kebetulan pak cik dan Lia lalu jalan yang sama,” teguran Imam Rahman mematikan lamunan Kamal. Lantas dia tersenyum. Menyembunyikan rasa malu yang bertakung. Kamal menggaru kepalanya yang tiba-tiba terasa gatal.

“Er...tak apalah, pak cik. Saya tunggu bas,” perlahan Kamal menolak. Sebenarnya dia malu hendak duduk di dalam kereta tersebut kerana kehadiran Hazlia.

“Naiklah...boleh kamu jimat duit tambang,” pujuk Imam Rahman lagi. Kamal jadi serba salah. Jika terus menolak bimbang Imam Rahman dan anaknya fikir bukan-bukan pula. Akhirnya Kamal mengangguk perlahan.

Di dalam perut kereta Kamal mengunci bicara. Hanya apabila Imam Rahman memulakan perbualan baru Kamal bersuara. Perasaan malunya menebal setebal salju di Kutub Utara. Ekor matanya sesekali melirik anak gadis Imam Rahman.

“Mak kamu sihat? Minggu lepas tak ada pun pak cik tengok dia ke surau,” getus Imam Rahman. Kegugupan Kamal cuba disingkirkan.

“Alhamdulillah, pak cik. Mak sihat. Minggu lepas mak ke rumah Kak Long di Taman Indah,” jawab Kamal sopan.

“Kenapa dengan kakak kamu? Sakit?”

“Eh, tak adalah. Kak Long sihat. Mak saja...nak bertukar angin katanya,” tutur Kamal. Sangkaan Imam Rahman dibetulkan. Terbayang di tubir mata wajah kakak sulungnya yang manis tersenyum sambil menggendong anak bongsunya yang baru lahir.

Kamal mencuri pandang ke arah Hazlia yang masih tetap membisu. Dadanya berdebaran. Melihat gadis itu menerbitkan semacam satu perasaan aneh di jiwanya. Kamal telan liur. Beristighfar panjang dalam hati sebelum cepat-cepat mengalihkan pandangan. Sesungguhnya pandangan seperti itu boleh menimbulkan fitnah. Kamal mengucap panjang. Kesal dengan kekhilafan diri.

Kereta diberhentikan di hadapan pintu pagar SESB daerah Sandakan. Kamal mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan Imam Rahman sebelum melangkah masuk ke kawasannya bekerja.

Monday, September 9, 2013

SCA 3- Tanah


Mengikut ajaran agama Islam yg wajib kita percaya sbg umat Islam, manusia dicipta drp tanah. Bukan berasal drp monyet spt yg dprkta oleh teori Darwin. Miss dila sgt menntang teori tersebut. Mengapa? Well, nmpak sgt org e2 mahukan kemahsyuran dgn mncipta teori sndri pdhal idea tersebut diputarbalikkannya drp peristiwa sbnr.

Umat Islam yg pastinya akan tahu tentang cerita bani Israel yg melanggar perintah menangkap ikan pada hari sabtu sehingga diubah menjadi beruk. Kalau nak tahu cerita penuh boleh melawat library uncle google o cri bahan bacaan sndri.

nak salahkan siapa??

Kembali pada SCA 3 kita. Tanah. Tanah mengandungi struktur sebatian yang jika diungkai kita akan temui banyak sebatian kompleks di dalamnnya. Setiap sebatian tanah adalah berbeza mengikut keadaan cuaca dan suhu persekitaran. Boleh lihat bagaimana setiap unsur saling berhubungan?

Manusia yang angkuh dan sombong (xmelampau jika dikatakan agak bodoh) ini suka sgt membuang sampah sarap mereka merata-rata. Tak perlu pergi jauh untuk mencari bukti. Lihat sja persekitaran kita. Andai tiada mereka yg bergelar tukang sapu, tentu setiap lorong, jalan dan tanah yg dipijak dipenuhi sampah yg kita buang sendiri tidak kira melalui tingkap kereta, semasa berjoging, semasa berjalan, atau dengan tanpa sengaja (alasan kuno manusia) membuangnya sampah merata-rata.

Alasan kita? Tiada alasan yang munasabah. Kebebalan (sorie pktaan agak kasar) manusia tlh mndera bumi. Jika tidak menemui tong sampah manusia dengan sewenangnya menjadikan jalan yg dilalui sbg ‘tong sampah’ mereka. Dikata bodoh nanti mereka marah. Tp, jika dikata bijak dan kreatif sudah jelas nampak bodoh mereka. Jadi, apa agknya gelaran yg patut diberikan?

Islam mengajar umatnya untuk menjaga kebersihan krn bersih adalah sebahagian drp iman. Bersih bermula dari dalam hingga ke luar. Jika hati kita bersih tentunya persekitaran kita juga turut bersih. Ini adalah krna hati yg bersih tidak mahu matanya melihat sesuatu yg kotor di depan mata. Btul o tak?

Jangan hanya tahu hndak mencantikkan diri dgn brngan kosmetik yg mahal tetapi tidk tahu hndak menjaga kebersihan. Mak selalu cakap (sbnrnya lbh kpd berleter),

“Tak guna muka cantik kalau pengotor. Tak ada orang akan dekat dengan pengotor walau make-upnya tebal!”

Tersentap seh. Tapi, itulah kebenaran dan realiti yg harus dperakui oleh semua orang. Make-up tebal seinci pun org xkn dekat kalau baunya busuk. Jdi, bersihkan hati bersihkan diri. InsyaAllah, kita melangkah ke hdapan lagi.

Sehingga jumpa lagik d SCA 4 akan dtg. Miss dila nk siapkan The Legend plak yer...;)

 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)