Thursday, May 10, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 16

Cidot memandang dengan pandangan tajam yang ingin menerkam. Kecut juga perut dibuatnya. Cidot kalau sudah mengamuk boleh terbalik dunia jadinya ( provokasi saja. Tak pernah terjadi pun! ). 

KC hilang entah ke mana. Malas hendak campur tangan agaknya.

Aku membatukan diri. Marahlah…jeritlah…aku tetap begini. Aku dengar Cidot mendengus kasar. Mungkin sudah kehabisan idea hendak menasihati aku, si hati batu.

Cidot mengatakan bahawa dia tidak marah cuma terkilan dengan sikap degil aku. Berkali si Rambut Tercacak cuba memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar namun aku pekakkan telinga butakan hati.

Hari ini bila orang itu hendka bertanya khabar aku pula berlaku kurang ajar. Berulang kali Cidot meminta aku supaya sedar. Jangan sampai sudah kehilangan orang itu baru kita hendak rasa menyesal. Aku telan liur. Ayat tersebut menakutkan.

Aku sendirian di dalam bilik ditinggalkan Cidot. Aku cuba menimbang perangai buruk diri sendiri. Cidot benar. Aku tak patut buat dia macam tu. Tapi dia dulu yang mulakan. Sekali lagi aku menyalahkan orang lain. Akukah yang bersalah?

Ya?

Tidak?

Ya? Eh, tidaklah. Hm…

Sampai bila aku nak marah kepadanya? Setahun? Dua tahun? Atau selama-lamanya? 


Bersambung....

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)