Wednesday, May 9, 2012

Biarkan Jatuh Cinta (Cerpen) Bhgn 15

Demam. Seharian aku bertapa keseorangan di dalam bilik tidur selepas balik dari klinik universiti. Surat MC yang aku serahkan kapada Cidot dan meminta jasa baiknya untuk serahkan kepada pensyarah. Kebetulan hati itu hanya satu subjek dalam jadual kuliah.

Mata hampir terpejam apabila tiba-tiba laman sembang mengeluarkan bunyi. Itu tanda ada sahabat yang menyapa di YM yang sengaja aku onkan. Malas hendak membalas. Aku biarkan tanpa mengetahui gerangan si pengganggu.

Beberapa saat terlelap telefon bimbit pula menjerit nyaring. Tanpa membaca nama si pemanggil aku mengangkat dan letakkan di telinga.

“Hello…” lemah bunyinya. Almaklumlah demam.

“Hanis…” dahi berkerut. Siapa pula mahkluk asing yang memanggil aku dengan nama pertama? Hanya kaum keluarga yang memanggil aku dengan nama tersebut.

“Ya…siapa ni?”

“Kay…Khairul Hazim…”

Klik. Talian aku putuskan. Kurang sopan? Biarkan. Aku sememangnya malas hendak berbahas dalam keadaan sekarang. Sekali lagi telefon menjerit. Tanpa berfikir panjang aku buangkan baterinya agar aman dunia.


Bersambung semula....

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)