Wednesday, May 18, 2011

Sutera Bidadari

yg dtggu da tiba..yg dnanti da mnjelma..dan yg drindui kni hadir bersama cinta..wulaweiii...tu dia bla miss dila start berpujangga..hehe..jgn xtau..madah miss dila bkn madah berhelah tp madah berbisa...hehe


Sutera Bidadari..novel yg miss dila pkir pelengkap terakhir novel Bagaikan Puteri..but skali lgik..Laksaman Sunan akan dihidupkan dlm novel yg akn dtg plak..kli ni ntah apa tjuknyer..tpi sblm tu meh bca review Suter Bidadari

Laksaman Sunan bersama Catalina (atau Maryam, balu seorang bangsawan Portugis), Luna (Bangsa Polip) dan panglima Melaka, Panglima Awang Bagan meneruskan perjuangan menentang kejahatan. Pelbagai musibah datang menimpa dan memburu perjalanan mereka kembara mencari Taghut iaitu musuh utama Laksama Sunan semenjak di Bagaikan Puteri lagi...

Perjalanan dihiasi cinta, persahabatan, kepercayaan dan pengkhianatan..namun sebagai seorang yang sentiasa percaya pada kuasa Allah SWT, Laksamana Sunan terus bertawakal. Mati itu pasti dan hidup InsyaAllah...

Pada masa yang sma, di abad ke 21 berlaku pertempuran di antara Saifullah, Abid Kamal dan Shahrul dengan Drakul kerana berebutkan Catatan Maryam dan Keris Nanggroe...

Apakah yang akan berlaku? Siapa Taghut sebenarnya? dan siapa Sang Dewi yang kerap memanggil Sunan untuk singgah ke tempatnya? Siapa pula Saifullah? semua soalan akn terjawab di dalam novel terbaru RAM...

apa yg pnting skali miss dila da dpt koleksi terbaru novel RAm..yeah...

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)