Friday, May 22, 2009

semalam yang hilang...

Hati terasa sakit...sakit sangat...rasanya saat ini ingin saja aq mengalirkan airmata..tetapi kemudian satu soalan bertandang di fikiran...untuk apa aq menangis? Adakah selepas menangis dia akan mendengar kata-kata yang ada di dalam hati kecil ku?
Terus-terang..aq rindu padanya..rindu sangat...rindu melihat wajahnya..rindu mendengar suaranya..dan rindu pada senyuman yang sentiasa dilemparkan pada aq. Sikapnya pada aq sering membuat diri tertanya-tanya...adakah perasaan yang sama bertamu di hatinya? Kalau ya mengapa tidak diluahkan saja biar aq mendengarnya...kalau tidak...mengapa dibiar aq dalam keadaan tertanya-tanya?
Sungguh..sakit menanggung perasaan ini sendirian. Walaupun ramai teman di samping aq namun tak satu pun mampu membuat aq lupa padanya. Dan wajahnya terus manghantui tidur malam ku...
Semalam yang berlalu hilang bersama memorinya. Aq rindukan saat itu...rindu yang tak mampu aq luahkan.

0 Comments:

Post a Comment



 

Saat bulan & bintang tersenyum Copyright © 2010 Designed by RindaAuthor MissDielaSunan :)